TUBUH LESU DAN TAK BERMAYA


hari-hari kena ada tenaga yang cukup untuk menguruskan diri, anak-anak, suami serta keluarga tercinta. lebih-lebih lagi kita sebagai wanita bekerjaya. mana nak uruskan rumahtangga lagi. anak-anak lagi. suami lagi.nak uruskan urusan kerja di pejabat lagi, lagi , lagi dan lagi lagi lagi...semua tu memerlukan kita mengeluarkan tenaga yang banyak. untuk mendapatkan tenaga-tenaga ini kita perlu memakan makanan yang cukup dan berkhasihat tinggi.

dah mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasihat tapi masih rasa lesu dan tak bermaya. tak minum minuman kafein. tak makan makanan ringan dan segera. tapi masih rasa selalu mengantuk, lemah, sakit sendi dan urat dan sebagainya.

Shaklee ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah dengan pemakanan yang sihat, pengambilan suppliment yang teratur dan betul semua masalah di atas akan dapat di atasi. anda bukanlah sakit. tetapi anda cuma kekurangan nutrien dalam badan. 




supplimet yang di cadangkan adalah SET WELLNESS.

apa yang ada dalam SET WELLNESS ni?

ini adalah set asas yang perlu ada dalam setiap rumah.Set ini memberikan anda sekeluarga nutrien yang berkhasiat supaya anda kekal sihat dan bertenaga.

Antara kebaikan SET WELLNESS ini secara ringkas:

> membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh

> membantu anda merasa lebih bertenaga

> menguatkan sistem daya tahan penyakit

> membekalkan khasiat untuk kulit, kuku, rambut , tulang dan otot agar sentiasa sihat.

Harus diingat, produk-produk Shaklee ini bukanlah ubat.  Ia bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.
When health is absent, wisdom cannot reveal itself, art cannot manifest, strength cannot fight, wealth becomes useless, and intelligence cannot be applied. ~ Herophilus

Jangan terlalu sayangkan duit untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Tanpa tubuh badan yang sihat kita tak boleh bekerja untuk mencari duit.... betul tak?

Sekiranya ada yang berminat dengan produk-produk Shaklee boleh contact aku directly. cara-cara yang boleh di hubungi ada pada gambar di atas.







percutian yang paling jauh dalam hidup.

garb  ba#269(!?+?8!

ckssvxscxsgyghjhgggdndgsfhjhgbhjhjjfaddfffffggffeweqssqgegefrhgrgtggggft4ffrfddvb

berlagak macam orang kaya-kaya takpekan pagi-pagi ni. sebab apa nak berlagak?? sebab tau dah sampai bila-bila pun tak kan jadi kaya. jadi senang sikit dari sekarang tu InsyaAllah lah. semua dengan izinnya.

pada hujung bulan lepas September rasanya adik aku si Aini yang tinggal nun di KL sana beriya-riya suruh mak aku check in kat Swiss Garden sebab dia ada voucher free katanya. 3 hari 2 malam. yang tak bestnya dekat sangat Swiss Garden tu dengan rumah. dalam setengah jam aje drive ke sana. pastu kena guna voucher tu pada weekdays sahaja. weekend not valid k.


kalau poket sudah menjadi debu


alahaiiiii......

rajin ai bawak bekal sejak beranak 2 ni. iyelah gaji ciput je...tapi masih setia menanti BOS BESAR menunaikan janji nak naikkan gaji. hampir setahun dah tunggu ni. tapi macam janji hanya tinggal janji. mula-mula janji pada bulan September 2013, bila bos sini g meeting BOS BESAR cakap bulan Oktober 2013 pulak. pastu bulan Oktober bos sini g meeting lagi BOS BESAR cakap susah pulak nak buat kaji selidik sebab gred sama tapi tahap gaji lain-lain. padahal dah lantik consultant tu.

lantaklah malas dah nak berharap mana. penat dah.ada rezeki adalah. jadi bila dah jadi gini mulalah rajin nak usha kerja lain yang lebih menghargai pekerja.

eh melalut dah ni.

nak cerita je ni. 

cerita je......

bukan nak bagitau pape pun.

sejak dua menjak ni aku rajin bawak bekal kat ofis.

cukup untuk makan 2 kali. makan pagi dan makan tengahari.

lauk simple-simple je. janji perut terisi. nak menyusukan Herliena kan jadi kena makan jugak.

bawak bekal ni rasa selera tu lebih sikit dari makanan yang beli kat luar.


 singgang daging dan daging lada hitam


ayam masak kicap dan lemak cili api ketam


boleh katakan hari-hari bawak bekal. komitment bertambah sekarang. jadi kena kurangkan belanja kat mana-mana yang boleh cut. kat Kuantan ni sekali makan boleh cecah RM8. jadi bawak bekal ni dah boleh jimatlah walau tak banyak sampai boleh jadi kaya raya.

masak tak sedap pun xpe janji anak tekak masih boleh terima.



sebenarnya lama dah nak perkenalkan

Salam Jumaat semua.

ermmm lamanya tak update kisah hidup kat blog ni. banyak sangat kejadian-kejadian yang tak di sangka-sangka terjadi. sampai lupa terus aku ni ada blog yang kena update. nak update pun bukan niat nak bagitau satu dunia tau kisah suka duka kat orang tapi ini semua sebagai satu memori dan kenangan untuk diri sendiri dan anak-anak sebenarnya.

dan rasanya tak salah nak share cerita yang berlaku dalam kehidupan ni dengan orang luar. cuma ada sesetengah hal tu ada yang perlu di simpan sendiri.

oklah sempena JUMAAT YANG MULIA ni nak perkenalkanlah seorang lagi ahli keluarga aku yang baru. dah lama dah lahir ke dunia ni. tapi baru hari ini terdetik nak perkenalkan.


rezeki dari Allah swt. lahir hari JUMAAT jugak. pada 12/07/2013 tepat jam 8.47 pagi. sangat-sangat mudah melahirkan dia. tanpa apa-apa kompilasi lahirlah puteri kedua aku ni. 

dan di beri nama HERLIENA BINTI FAZRY ERWAN. kali ni takde dah nama panjang-panjang. sebut pun senang. panggil pun Herliena je.

gambar aku kat bawah tu adalah gambar terkini. ermmm dah masuk kerja pun. manalah tau kot-kot ada orang yang merindui aku...heheheh so tempeklah gambo sendiri kat situ....jangan di tanya kenapa aku letak gambar kepala sahaja tanpa badan....adakah aku gemuk selepas bersalin??? tunggu nanti aku akan show off kan kat korang semua samada aku ni gemuk ke kurus.....ada rahsia di sebaliknya tau....


nak tau apakah rahsianya...kenalah tunggu update dari aku di masa akan datang.