Ramadhan yang lalu - Part 1



puasa dah lama lepas, musim raya pun dah lama habis. dah nak masuk raya haji pun. tak pelah update cerita basi pun. janji nak jadikan dia kenang kenangan di blog usang ini.

sepanjang bulan puasa en hasben berniaga. sebab dia bosan. bulan puasa mana boleh trainning turun laut. anak murid pun bercuti dari trainning.

antara yang di niagakan:

kuih muih,bubur dan segala jenis manisan ringan

berbaju oren tu akulah. balik kerja baru aku tolong. dapat jugaklah duit poket buat raya.

air nira ori

ayam pangang


lauk pauk



 air kelapa dan air tebu ori:-tanpa campuran


air balang


ini percubaan pertama kami dalam perniagaan makanan. alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. dari hari pertama sampai hari terakhir. sebahagian dari untung buat belanja raya di Kedah.





No comments: