setelah 4 hari



sambungan dari sini dan sini.

mula-mula malas nak buat part-part ni. leceh jekan. tapi ni sebab kali pertama permata hati kami berdua demam panas yang agak teruk jadi nak jadikan ianya kenangan di blog ni.

hari ahad tu adalah hari ke 3 Hannah demam panas. boleh tengok macamna manjanya dia dengan en hasben.

hari Isnin (hari ke 4 Hannah demam) patutnya aku berkursus anjuran KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) di MS Garden Hotel.

pagi Isnin tengok keadaan Hannah masih tak ok. tak ok yang teruk lagilah. kalau tak ok biasa2 je aku hantar je ke rumah Mama. jadi tak sampai hati nak tinggalkan dia dengan Mama. en hasben pulak outstation ke Cherating. tak boleh nak adjust dah sebab dia ada program dengan SK Cherating dalam mencari bakat baru untuk 3 hari. jadi terpaksa bagitau mybos tak dapat attend the Seminar last minute dan tak dapat jugak nak masuk ofis. ambik EL on the that day demi Hannah.

orang yang ada anak je tau macamana perasaan kalau anak sakit dan tersepit antara kerjaya dan anak. tapi jangan suruh aku buat pilihanlah sebab 2 2 penting. tapi bila berkaitan dengan nyawa ni mestilah aku pilih nak selamatkan nyawa. nyawa tak boleh di ganti-ganti lagi dah. hilang kerja boleh cari kerja lain. mybos pun ada anak so mesti dia tau macamna rasa dan apa patut buat kalau keadaan macam ni jadi kat dorang. dorang lagilah banyak pengalaman.


jadi awal-awal lagi dah bersiap nak bawak g klinik. ni klinik gomen pulak. KK Kurnia je. KK ni jugaklah check up Hannah sejak dia tengok dunia. sampai-sampai MasyaAllah penuh orang 1 klinik ni.penuh ni tak lain tak bukan ni semua pasal cuti 1Malaysia. 3 hari cuti jadi tu yang penuh klinik tu. macam ada special event je klinik tu aku tengok.

ambik no pukul 9 pagi pukul 2 baru di layan. nasib Hannah demam so dia tak aktif macam biasa. kejenya hanya menengok orang.mata berair hidung berhingus. dah macam apa aku tengok anak aku ni.


 semua seat penuh. siap ada yang berdiri lagi...tak pernah aku tengok klinik kampung macamni boleh penuh sebegini rupa.



last2 tido jugak budak ni. nampak tak orang dah kurang. dah time lunch ni. sebab tu ramai yang keluar dulu dan datang balik lepas pukul 2 petang.


nampak tak besar mana peha anak Jenab...gebukan.


 jadi hari yang sepatutnya berada di MS Garden Hotel tak jadi di gantikan berada di KK Kurnia.


notakaki: seorang ibu sanggup buat apa saja demi kesejahteraan anaknya.










No comments: