raya jauh raya sakan - part1



semua orang awal-awal lagi dah gebang pasal raya dorang. aku ni dah raya ke berapa hari ni baru nak gebang kat blog ni. biasalah rayakan sebulan. panjang lagi masa nak cite pasal raya.


tahun ni giliran beraya dengan family saya. tapi family saya tak beraya kat kuantan. Ayah tiri saya nak balik kampung halaman dia di Pendang Kedah. selama dia nikah dengan mak saya baru sekali dia balik. kiranya selama ni dia memang beraya dengan family mak sayalah. jadi bila dia offer kami adik beradik balik kampung halaman dia saya jadi serba salah. nantilah saya cerita kenapa saya serba salah.


okey kat sini saya nak share jelah persediaan saya sebelum raya.



ini saya beli untuk diri sendiri menggunakan duit sendiri jugak. kena bagitau jugak ke. ishhh mestilah kena. persediaan raya untuk suami dan juga Hannah saya dia siapkan awal-awal.cuma untuk diri sendiri je saya nak tunggu respon dari en hasben. sampai ke sudah dia masih buat dekk je. last2 saya decide pakai jelah duit sendiri. kalau pakai duit sendiri saya tak membazir sangat. biasalah bukan senang nak cari duitkan...? tapi kalaulah en hasben bagi saya budget untuk belanja raya memang saya akan beli lebih dari ini. tapi bukan untuk saya je. untuk Hannah terutamanya. semuanya untuk dia dulu. pastu baru untuk suami. saya takpe saki baki pun saya ok je. padahal dalam hati saya sorang je yang tahu.:)


ini pulak dalam kereta adik saya. memang perjalanan jauh giler saya rasa. 12 jam tak silap saya. sampaikan saya rasa punggung saya dah takde. rompong je....saya tumpang kereta mak saya dari kuantan ke kl. pastu kami bersahur di rumah adik saya tu. lepas sahur dan rehat, solat dan tido jap kami sambung perjalanan ke Pendang. time ni saya tumpang kereta adik saya pulak. memang rasa macam 'miskinnyelah aku time ni asyik jadi penumpang pelarian je' . bertolak pagi sampai ngam2 orang nak berbuka. jalan memang jamm yang amat. tapi tak semua jalanlah. ada kawasan2 tertentu.




oklah nanti saya sambung balik cerita raya saya satu family.


notakaki: kenapa tetiba guna perkataan 'saya'....entahlah saya pun tiada jawapan...








No comments: