akhirnya sampai jua ke bumi Pendang


16 Ogos
sepatutnya aku kerja lagi hari ni tapi masuk ofis kejap je. mood kerja dah terbang melayang-layang entah ke mana.ingatkan hari ini naklah kemas barang2 yang nak bawak ke Kedah. biasalah excited tu lebih sebab tak pernah beraya kat tempat orang macamni. nak kata ada saudara kat sini memang jauh sekali. lepas masuk ofis aku singgah jap kat rumah Ma. Ma aku baru nak keluar rumah dengan mata bergenang air mata. rupanya Mak Su Kiah aku meninggal. jadi aku follow sekali Ma aku ke rumah arwah.

bertolak ke KL rumah Aleen dalam pukul 11malam macamtu.


17 Ogos
bertolak ke Kedah pagi tu. sampai-sampai bumi Pendang ngam-ngam waktu orang berbuka. terus ke rumah abang sulung Pak cik aku. Pak Cik aku dah takde mak dan ayah. dua-dua dah meninggal. sebab tu sejak  bernikah dengan Ma aku dia hanya balik kampung sekali je.sampai2 makanan untuk berbuka semua dah ready. cuma tunggu nak hidangkan. aku dan aleen gagahkan diri jugak ke dapur. tak kan datang nak makan je kan. kalau ikutkan penat memang penat melampau. aleen drive sorang je dari KL sampai Pendang. aku jaga 2 orang anak kat belakang. berbukalah kami dengan masakan Kedah. syukur.

Mak Long bekalkan nasi dan lauk untuk bawa ke homestay. untuk dimakan sahur nanti.


18 Ogos
semua bangun awal pagi sampai aku rasa hari ini adalah hari raya. rupanya perjalanan jauh lagi. menuju ke kubur arwah ayah pak cik aku. memang jauh jugak dari Pendang. Pak Long ikut sekali. sampai je kawasan  kuburan Pak Cik aku terus bersihkan kubur arwah ayahnya sambil bergenang-genang air matanya. mengenangkan peristiwa ketika keluarganya mengebumikan arwah ayahnya.Pak Cik kata dia terkilan sangat sebab kalau diingat balik macam dia dan keluarga 'buang' je mayat ayah dia kat situ.yelah time tu kawasan tu belum jadi kawasan perkuburan pun. masih hutan dan bersemak. dia kata nak datang ke situ pun orang baru buat denai time nak kebumikan ayahnya tu.pengusung mayat pun buat dari buluh. tapi yelah time tuh tahun 60/70an. mana nak sama dengan zaman sekarang. selepas dari pengebumian arwah ayah PakCik aku ni terus sampai sekarang tanah tu di jadikan tanah perkuburan kampung tersebut. dan satu lagi kubur arwah ayah PakCik ku adalah yang terpanjang di kawasan tanah perkuburan tu.agak-agak aku ada dalam 10 - 12 kaki.





dah siap bersihkan kawasan kubur, sedekahkan yassin semua kita orang bertolak balik ke homestay semula. esoknya dah raya. lepas solat sunat hari raya nak ke kubur arwah mak PakCik pulak. fuhh baru sehari berjalan tapi badan penat melampau..


notakaki: kalau ziarah kubur sape2 perasaan sebak akan datang secara automatik. tak tau macamna perasaan kalau ahli keluarga kita sendiri yang pergi dulu dari kita.


 





No comments: