siapa yang mampu menghalang takdir Allah


assalamualaikum....


setiap hamba Allah pasti ada perancangan hidupnya sendiri. namun apa yang telah di tetapkan oleh Allah pasti akan berlaku tanpa ada sesaat pun kelewatan dan juga halangan.

sebelum raya:-

tiga hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Syawal keluarga aku di kejutkan dengan berita sedih iaitu perginya tok saudara aku ketika solat subuh. arwah Maksu Kiah ni sepupu kepada TokAyah aku. arwah baru sahaja selesai bersahur dengan anak-anaknya. anak sulung arwah baru 2 hari sampai ke rumahnya dari Sarawak. dia cikgu kat sana. balik awal sebab tengah tunggu waktu je nak bersalin. jadi dia plan nak berpantang di bawah jagaan maknyalah. cucu sulung pulak tu.namun siapalah kita. Allah telah menjemputnya terlebih dahulu tanpa memberikan  apa-apa signal kepada keluarganya. sebab arwah tidak menghidap apa-apa penyakit pun ketika itu kecuali sakit-sakit lutut macamtulah. sakit orang yang dah menginjak usia ke 50 tahun. tak de rezekilah anak sulung dia nak lihat maksu kiah ni melihat anaknya terlebih dulu. tak sempat nak merasa menimang cucu. apa-apa pun kematian itu pasti. cuma kita yang tak tau bilakah waktunya. al-fatihah untuk arwah.


selepas raya:-

kelmarin bersamaan raya yang ke 10 tak silap aku di kejutkan pula berita tok saudara jugak tapi lelaki excident teruk bersama isterinya. tapi isterinya tak teruk mana. Pokyeh namanya. setelah mendapat berita ini Opah aku selaku mak saudara kepada Pokyeh ni terus bergegas ke Kuala Terengganu bersama pak saudara aku Unc.Gan. sebab dia dah 2 hari berada di ICU (tapi tak pasti kebenarannya).sekarang aku belum mengetahui keadaan sebenar Pokyeh tu. dengar cerita kereta yang dorang naiki memang teruk sangat. apa-apa pun di doakan Pokyeh cepat sembuh dan semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini.


tiada apa dan tiada siapa yang mampu menghalang kehendak Allah. kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.





No comments: