lagak bos memang patut macamni




kecik-kecik dah ada tokoh nak jadi bos. ermmm tokohlah sangatkan....

tengoklah tu gaya duduk dia. baru bagi duduk kat sofa. ni sofa kat pejabat MSP rasanya. lupa pulok.



mula-mula kasi duduk dia buat muka masam je. tengok orang pun pakai hujung-hujung mata je.


nak dapatkan time dia senyum tu punyalah payah tapi berjaya jua akhirnya.


nak jadi bos pun ok Hannah oiii.tapi jangan jadi bos yang bongkak dan pentingkan diri sendiri tau.


sayanggggg Hannah.






masih belum terlambat


pejam celik pejam celik hari ini hari ke 7 kita berpuasa. ada sape-sape yang tak puasa ? meh sini nak kasi penamporrrr bagi sedar sikit sekarang bulan puasa dan memang wajib kita sebagai umat Islam untuk berpuasa. tapi kalau tak puasa atas sebab-sebab yang memang tak boleh puasa tak pelah. tapi wajib ganti tau.


di kesempatan ini aku, en hasben dan juga puteri kecil kami Hannah Ezzaharra mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, selamat memperbanyakkan amalan-amalan mulia dan ibadat di bulan yang penuh kemuliaan ini. bukan selalu Ramadhan ini ada setahun hanya datang sekali.rugi kalau di biarkan ianya berlalu begitu sahaja.




tahun ni merupakan tahun pertama kami berdua menjalani ibadah puasa dengan kehadiran permata hati  Hannah. Ramadhan tahun lepas  Hannah dalam perut lagi.



p/s: tahun depan belum tentu kita dapat bertemu dengan Ramadhan. credit untuk diri sendiri juga.





walaupun dia selalu jealous dengan kehidupan saya tapi siapa mampu menghalang untuk saya sayang dia



sejak dah pandai macam-macam ni makin kuatlah dia menjeles dengan apa aku buat. ni weekend yang lepas. asalnya molek je dia tido jadi aku godek2lah toturial nak pakai tudung berbelit-belit yang macam artis-artis pakai tu. yang nampak cantik. memanglah cantik kalau dah muka cantik, pakai pulak tudung yang mahal-mahal. artis pulak tu. kalau macam aku ni pakai macam tu agak-agak cantik macam Diana Amir tak? kalau tanya aku senang je jawapannya....memang ada iras-iras....


ok sudah melalut.

tengah dok godek2 tiba2 budak botak ni ada dah kat sebelah dan tolak-tolak aku supaya turun dari bantal. main kasar kau nakkk....nasiblah kecik lagi. dah sebagai orang tua maka mengalahlah aku. gerak je nak ambik camera atas meja elok-elok dah Hannah kat depan laptop sambil tekan-tekan keypad laptop secara kasar.


aku angkat dia n letak kat sebelah. dia guling-guling pulak suruh aku ketepi sambil menjerit-jerit. 


last-last mak kau ni kalah. biorkan jelah anak main laptop tu sampai bosan......aku hanya jadi memerhati.










Hannah pandai ke tengok toturial pakai tudung tu...Hannah malu sebab Hannah takde rambut ek.?





 

check up again



appointment lagi kat KK Kurnia tanpa Daddy. ibu sorang-soranglah siapkan Hannah dengan kelam kabutnya.mana nak siapkan diri sendiri. nak siapkan Hannah. bekalan Hannah. susu Hannah. kena masuk ofis dulu. kemudian patah balik ke KK. pastu baru serah diri kat KK. fuhhhh semua ibu jugak yang kena buat. takpe demi Hannah. kerja jadi no 2.


kalau keadaan ni jadi kat Daddy apa reaksi dia ek? mesti dia pilih kerja. alasan mesti banyak nanti. tapi entahlah sebab tak pernah jadi lagi. so sebab Sukma jadi ibu taknak ganggu Daddy. biarlah dia bekerja dengan aman damai.


Hannah jangan risau ibu settlekan semua sekali.




senyumlah puas-puas nak oiiii jap lagi tengok apa nurse akan buat kat kamu....eeeee ibu tengok gambar kamu pun dah geram apatah lagi kalau tengok real. kena get ready untuk di gomol jelah.


notakaki: eh eh eh kening mana??? hilang ke?










1st trainning dengan air laut






tak dapat berbulan madu di Bandung , berBandung di Kg Balok pun boleh



dengar orang nak g Bandung aku sentap. tengok gambar-gambar kenalan g jejalan ke Bandung aku lagi sentap melebihi kesentapan mendengar . dengar cerita sambil tengok gambar dorang g jejalan luar dari Malaysia yang di kira oversea lagi aku sentap. hati bagaikan di robek-robek .sedih ok. kenapalah en hasben tak bawak aku jejalan macam dorang. kenapa en hasben yang selalu dipersalahkan??? yelah diakan laki aku. kalau aku nak g sesorang memang taklah. kalau nak g sorang-sorang apa ke jadah laipun dia memang takkan izinkan. g dengan si chenta hatikan lagi besttttttttttttttttt.....kebestan dia lagi berganda kot. sebab jalan-jalan dengan orang tersayanglah katakannnnn....


tapi kenapa Bandung? kenapa tak Singapore, Thailand, US dan lain-lain tempat. sebabnya sejak dua menjak ni aku di kelilingi orang-orang yang bertravel ke negara Indon. g jejalan menghabiskan lebihan duit dorang . along a.k.a abang ipar dan family dia ke Bandung. ofismate aku pulak baru je balik dari Medan. baru je lagi. sourvenir dari Medan pun aku tak dapat lagi.<> tu je motif sebenar...hehehhee


untuk pengetahuan korang aku ni sejak kawin memang tak pernah g honeymoon.kira tak pernahlah g jejalan mana-mana macam orang lain yang baru-baru kawin tu. entahlah nak kata budget takde untuk benda tu semua macam ada kebenaran jugak. tapi sebab yang utama biasalah en husben ni sibuk memanjang. sampai naik bosan aku melayan kesibukkan dia. bosan ok....BOSAN....STRESS pun ada juga.


tapi kebosanan dan kestressan tu hilang kejap. sebab dapat baju ni dari along n family dia. 10Q along & linda.


jom layan gambar.


sayang jom kita feeling macam kita kat Bandung






eh eh kat Bandung ada tempat macamni ke??


sebenarnya ni kat Kg Balok je. kat boathouse. tempat simpan bot anak-anak buah en hasben. inilah tempat yang en hasben sayang sangat dan sukaaaaaa sangat. kalau sehari tak datang tak keruanlah hidup dia.


p/s: bila tanggal baju ni STRESS tu kembali balik....harap-harap en hasben boleh buat sesuatu untuk hilangkan stress aku ni. tak g Bandung pun takpe. g Bukit Tingi pun dah kira ok. janji jalan luar dari Kuantan.











sakit mata pulak dah



minggu lepas Hannah di jangkiti sakit mata. berjangkit dengan sapa tak tau. mungkin sebab rumah aku ni berhabuk kot. so gatal. genyeh-genyeh mata lama-lama jadi sakit mata. anak ibu ni sakit-sakit mata pun comel jugak. cuma semua orang ingat dia sedih. dah air mata meleleh tetiba je. muka dok sengih-sengih layan orang agah.



jom layan wajah-wajah budak sakit mata



Hannah with Unc Iwan


 mak bapak nak makan maka bagi Unc Iwan jaga Hannah...tranning awal2 senang kemudian hari



 comel tak anak Iwan? mak dia takde jadi Iwan jaga....


tengah sibuk briefing pasal trainning Sukma pun Hannah tak di lepaskan.kesian tengok mata Hannah. mata sepet bertambah sepet.


ini wife Unc Iwan............eh eh eh salah ni adik dialah merangkap Untie Hannah.






semangat kekampungan



cuti sekolah yang lalu aku follow Ma aku balik kampung halaman. balik New Castle a.k.a Kelantan Darul Naim. ye mak aku memang orang Kelantan. Abah pulak orang Temerloh Pahang. orang kata orang Kelantan ni mostly ada darah campuran Thailand sebab tu kebanyakkan dorang cantik-cantik belaka.faham  tak maksud penerangan diatas. ok tak faham meh sini nak terang kasi faham.macamni Ma aku kan orang Kelantan. tok nenek moyang dia mungkin ada keturunan Thailand. kenapa aku kata mungkin???sebab aku tak kenal tok nenek Ma aku kecuali moyang aku sekarang.jadi walaupun aku lahir kat Kuantan tapi sebab Ma aku orang Kelantan maka aku mungkin ada campuran darah Siam.jadi maybe maybe maybe aku.........................korang sambung sendirilah yek....sebab aku risau aku riak....takpelah nak perasan sorang-sorang pun...nak tunggu orang puji payah sangat.tapi tak berdarah campur pun ada je orang cakap aku c*****.hehehe



sebelum sampai singgah kat Terengganu jap



mereka bersama suami mereka


aku bersama Hannah


eh eh mana en hasben.....yang lain semua bergambar sakan dengan suami masing-masing. malas nak cite panjang takut air mata tik tik tik berguguran pulak kang. nikan nak balik kampung aku bukan kampung dia so faham-fahamlah. tapi kalau kampung dia aku wajib ikut. sebab aku ni isteri. tak boleh bantah. hati dia aku kena jaga. hati aku aku sendirilah yang jaga.......:(. kes macamni bukan kali pertama.....arrrghhhhhhhhhhhh tak mo sedih sedih.....


ok sambung.



haaaaa kan dah takleh nak menaip panjang2....kesedihan merutun dijiwa kerna mengingat kisah ini.....


jom layan gambar jelah...

petik limau kasturi.....sedap buat sambal ni.eh eh dagu dah nak jadi double lah.



petik cili padi pulak






ini semua buah tangan dari tok ayah untuk kami bawak balik.....seronok betul duduk kat kampung ni.



p/s:lagi best kalau semua adik beradik aku ikut. kenalkan suami masing-masing kat tok ayah dan yang lain-lain....tok ayah pernah jumpa suami2 kami time hari kami kawin je.tak sempat nak sembang sangat.






alahai anakku sayang.....Hannah tak berapa sihat



aku ni entahlah nak cakap kategori mak yang macamna. sebab banyak sangat buat silap dan buat benda yang tak sepatutnya seorang ibu yang baik buat pada anak.


kisah 1:

malam kelmarin hantar en hasben ke Balok kat boathouse. turn dia pulak jaga atlet-atlet Sukma untuk team Perahu Layar Pahang. Coach lain pulak balik jumpa anak bini. time hantar, Hannah ok jelah sebab aku pangku dia. dia sejak Jumaat memang kurang sihat sikit. selsema je memanjang. time nak balik ke rumah tu akulah yang drive sorang-sorang dan Hannah kat carseat sebelah aku.en hasben dah selamat kat boathouse. Hannah adalah menangis tahap kena dera sepanjang perjalanan dari Balok ke rumah aku area Sungai Isap ni. kalau orang Kuantan taulah jauh mana jarak tempat ni. sepanjang perjalanan aku ada try bagi alat mainan yang berlainan taknak bagi dia bosan. tak menjadi juga......bagi dia main kunci sebab dia memang suka main kunci. tak menjadi jugak. usap-usap kepala dan kaki sambil sembang dengan dia tapi sama jugak. tak menjadi.tak tau dah nak buat apa aku teruskan drive sampailah ke rumah dengan biarkan dia menangis sampai takde suara dan mata sepet bengkak kerana menangis. sampai je rumah aku peluk aku cium aku pujuk dia ganti balik apa yang aku tak layan dia sepanjang perjalanan tadi. sampailah dia tertidur. dengan aku-aku sekali tetidur. berpelukkan lah kami sampai ke pagi. sampai saat ni aku rasa bersalah biarkan dia nangis-nangis tak selesa dengan hidung yang berhingus tu. badan pun dedor je aku rasa. harap-harap tak demam.








kes 2:


semalam siang awal pagi aku g rumah Ma aku. mestilah dengan anak kesayangan. hari ni kurang menangis sebab malam tu aku bungkus dia cukup-cukup. sebab Ma aku cakap anak aku ni nak demam.so dia sejuk walaupun dia tak cakap dia sejuk.(padahal anak memang tak pandai bercakap lagi).siang ni pun tetap berbungkus. selsema belum kering betul lagi. stokin pun aku pakaikan .time kat rumah Ma aku jaga anak buah kesayangan si Arissa tu. sebab aleen g rumah mak mertua dia ada kenduri tahlil. Arissa tinggal dengan aku sebab time Aleen nak keluar tu Arissa tidur. jadi better tak payah bawak.masa Arissa nak tidur tu Aleen ada buatkan Arissa susu. pastu adalah saki baki susu tu. aku suakan kat mulut Hannah pulak. nak tengok dia ok tak minum susu tu. Hannah ok je siap buat main-main lagi puting botol tu setelah susu tu habis. pastu aku bagi pulak makanan dalam botol yang bayi umur 4 bulan boleh makan tu kat Hannah. bukan sengaja nak bagi tapi dah terbeli dulu-dulu so kalau tak makan sayang nak buang. jadi bagi jelah. try bagi. tapi tak banyaklah. 4 jam selepas tu aku balik rumah. Hannah muntah secara tiba-tiba. banyak ok.2 x muntah.(padahal ni dah pernah terjadi) so aku syak dia muntah ni adalah sebab susu dan makanan dalam botol  tadi. takkan nak salahkan susu aku pulak. sebab before ni dia memang akan beri kesan negatif terhadap apa saja yang bukan datang dari aku. maksudnya susu badan, dan makanan yang aku buat. overkan Hannah ni. sampai makanan pun xleh terima kalau dari orang lain. nak dari aku jugak.nak dari air tangan mak dia.  dah tau anak tu tak boleh makan sebarangan si mak tetap degil kepala batu nak try bagi macam-macam....mak silap anak menderita.





sekarang dia lemah sangat. tapi tidur malam ni di temani daddy tersayang. aku dah bungkus dia elok-elok. selsema masih lagi kronik sebab menghalang dia bernafas secara normal. hingus banyak. kerja aku dok sedut hingus dia je start Jumaat.


badan pun rasa dedor panas. macam nak deman. harap-harap dia tak demam. kalau demam merengek tulah yang tak tahan nak layan. tapi Tuhan dah bekalkan aku kesabaran. aku akan buang jauh-jauh stress aku time jaga anak tak sihat ni. dia tak sihat tak boleh bercakap nak bagitau  so menangis je yang mampu.




ibu doakan Hannah cepat sembuh dan mampu gelak-gelak dan senyum macam biasa. Ibu rindu Hannah yang sihat.