sharing is caring:: petua melegakan batuk



cuaca yang tak menentu sekarang ni ramai yang selsemalah, demamlah dan tak terkecuali ada yang batuk. ada tak korang yang batuk berkahak ataupun batuk yang ada gatal-gatal kat tekak. dah makan macam-macam ubat batuk tapi still tak baik-baik jugak. dan ada jugak orang tak suka makan ubat batuk sebab takut ada kesan sampingan macam mengantuk. kan ke bahaya kalau kita nak drive ke atau buat apa-apa lepas makan tu.





haaaaa meh sini mehhh...CPF nak bagitau petua yang CPF amalkan sejak study lagi. actually memang dah amalkan time kecik-kecik dulu. tapi lepas Ma dan Abah CPF divorce so CPF terpaksalah pandai-pandai sendiri tanpa di monitor oleh sape-sape. sebab dah duduk hostel kan sejak dorang divorce. kalau kecik-kecik dulu abahlah yang selalu suapkan ubat batuk ni. bukan ubat batuk yang di beli kat mana-mana farmasi or klinik tapi ubat batuk buatan sendiri. memang mujarab.


ini memang petua yang abah CPF amalkan dari dulu. dan CPF memang ikut 100%. kira dah lebih 10 tahun CPF tak telan ubat batuk. kalau batuk g dapur cari bahan ni dan telan.


ubat batuk yang diamalkan oleh family CPF simple macamni je:

ambil sesudu kicap makan (tak kisah kicap cap apa pun) campur dengan perahan limau nipis. maknanya tuang kicap tu dalam sudu besar dan perahkan limau nipis. pastu telan macmtu je campuran tadi. jangan minum air dalam setengah jam gitu. buat 2 kali sehari. pagi dan malam. InsyaAllah akan legalah tekak korang nanti. rasa gatal dan berkahak tu akan berkurangan. amalkan sampai rasa anak tekak tu seperti biasa.


ingat 2 kali sehari je. jangan lebih. sebab limau tu asid. lebih-lebih kang CPF tak mo bertanggungjawab tau.






1 comment:

mrs kayrul said...

ooo..lepas nie boleh cuba la cara traditional macam nie