happy belated mothers day




cerita hari cikgu hari tu pun aku tak habiskan lagi tapi takpelah nanti-nanti ada masa terluang terlebih aku up entry pasal cikgu cikgu tu. hari ibu dah lepas zaman berzaman, hari bapa pulak dah lepas melepas tapi aku ni baru nak up entry untuk hari ibu. bukanlah aku sengaja nak mengshowkan kebusyan aku sebagai Ketua Pakatan Mesyuarat Tingkap di kawasan taman rumah aku tu. dah busy mesyuarat hari-hari mana nak ada masa sangat nak buat kerja personal nikan....


oklah kembali kepangkal jalan...





sempena Hari Ibu hari tu hari ni baru aku nak wish Selamat Hari Ibu untuk diri sendiri dulu. sebab tahun ini merasa jugak aku lalui kehidupan sebagai seorang ibu. memang heaven giler. serius aku cakap. walaupun kena korbankan macam-macam benda demi anak tapi kenikmatan tu hanya orang yang lalui sahaja yang tau betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. orang yang tengok, orang yang cakap macam-macam memang tak sama dengan orang yang lalui. betul tak?




Ibu ni memang orang yang hebat. hebat dalam segala hal. segala segi. dan tak semua orang mampu jadi hebat macam seorang Ibu. jadi hargailah rezeki yang Allah bagi tu. jalankan tanggungjawab kita sebagai Ibu tu sebaik yang mungkin kerana ganjaran yang Allah sediakan di kehidupan akan datang amatlah besar.




tak lupa juga Selamat Hari Ibu untuk Nenek Ros (MIL) dan Nek Ma (mak aku).






dalam banyak-banyak ruang dalam rumah tu kat tangga juga yang menjadi pilihan


besar sungguh pengorbanan mereka ni dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka untuk menjadi orang yang berguna dalam hidup.


dan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu yang ada  di dunia ni.


p/s: aku doakan juga kepada semua insan yang masih belum bergelar ibu tapi masih menunggu rezeki dari Allah untuk itu semoga kalian juga di beri kesempatan merasai nikmat ini suatu ketika nanti. InsyaAllah.






No comments: