bebelanku mampu meretakkan tengkorak suami



aku ni bukan nak cakap apelahkan. walaupun aku betahi lalat di atas bibir tapi aku ni tak berapa suka untuk membebel bebel ni. orang dengar rimas aku yang dok bebel ni lagilah rimas. tapi yang aku suka adalah bercerita. kalau takde cerita nak di sembangkan pun aku boleh buat cerita. itu pasallah kot Tuhan bagi aku tahi lalat kat atas bibir nih...kira petanda orang yang suka bercakap.


tapi baru-baru ni aku dah hampir-hampir meretakkan tengkorak en hasben kesayangan aku ni. aku bebel bebel bebel bebel bebel bebel bebel sampai tiga ribu enam ratus lima belas perkataan. rajin bebenor aku nak kira patah perkataan. ingat ni karangan BM tingkatan 5 ker...?


punca bebelan:
sebab dia taknak makan time aku nak breakfast dengan dia. punca memang kecik tapi natijahnya amat besar.

natijah: aku malu makan sorang-sorang sebab aku makan banyak.



ko tengok ko tengok ko tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk........
dia siap buat dono je apa yang aku bebelkan. siap ajooooo Hannah tu yang aku naik angin ni. hahh elok sangat lah tu si bapak pandang kiri si anak pandang kanan. anak bapaklah sangatttt............


ok reaksi ni dah nampak tengkorak dia dah hampir retak....tekanan dah memenuhi satu badan .pasal tulah dia buat macamtu. nak larikkkk susah sebab pangku anak. so dengar jelah kuthbah pagi dari isteri.




yang lawak Hannah time ni mula-mula dia tengok je aku pot pet pot pet dengan muka macam di atas tu. tapi last-last dia ketawa...gelak-gelak...aissshhhhh Hannah oh Hannah ibu awak ni bukan bersembang dengan awak.....ni hah tengah nyanyikan lagu untuk daddy awak ni.....



nota kaki: en hasben selalu kata 'saya anggap bebelan awak dan mak saya adalah sangat best macam orang menyanyi'.jadi bolehlah bebel selalu.


nota kaki/kaki: dah bebel-bebel dia tak nak makan jugak. tak tau apasal. jadi aku makan jelah sorang-sorang. roti canai + nasi dagang + nescafe tarik....alhamdulillah.








No comments: