ini rumah ke apa???:(



sekarang cuti musim sekolah. semua orang nak cuti dengan alasan nak bawak anak-anak bercuti. yelah nak g jejalan sabtu ahad mana nak cukup. tapi tu yang ada anak boleh terimalah alasan tu. yang takde anak cangne??? eh mestilah nak cuti jugak. korang ingat yang ada anak je ke nak jejalan.yang takde anak, yang bujang pun nak jejalan jugak.nak balik kampung bersama anak2 buah, adik beradik. time nilah adik beradik balik kampung bersama anak-anak buah sekali. mesti meriah dapat kumpul ramai-ramai.


aku pun nak cuti jugak. walaupun anak kecil lagi tak tau erti jalan-jalan tu apa, tak tau makna tempat-tempat best, dan tak tau apa-apa kecuali bila dia nak Cik B aku kena bagi tu semua dah cukup bagi anak seusia anak aku. memang family aku dekat je. tak payah cuti pun boleh jumpa. memang betul pun. tapi aku nak cuti bukan sebab tu semua.


aku nak cuti seminggu terus. aku stress. sress sangat-sangat. kat tempat kerja stress dengan cara kerja. kerja tak habis-habis. ingat balik rumah boleh hilang stress. tapi bertambah stress. en hasben dah jadikan bilik tidur kami store barang-barang kerja dia. padahal aku dah bagi 2 bilik yang ada dalam rumah ni untuk dia jadikan store barang-barang dia. aduihai kenapalah tak bawak je barang-barang tu simpan ke bilik-bilik belakang. malas nak pikul ke belakanglah tu. pastu ambik kerja mudah.


nak cuti sebab aku nak clear balik bilik tu jadi macam bilik tido. nak harapkan dia alamatnya sampai bila-bilalah kami sekeluarga kena tido kat luar jawabnya.....macamna nak buat ek supaya en hasben ni menjadi seorang yang mengambil berat pasal kestressan aku ni. 


p/s untuk en hasben: awak tolonglah clear semua barang-barang tu masuk bilik store belakang. saya tak sanggup nak tengok setiap sudut rumah ni messy macamni sampai bila-bila.....saya kemas awak buat sepah saya kemas awak buat sepah balik....aduiii boleh kawan dengan Hannah kalau macamni....cuti setahun pun tak clear macam rumah orang lain.....










No comments: