happy belated teachers day



biarlah sudah terlambat pun janji ianya terucap di blog Cik Puan Fifie (gelaran baru) ni.Apa-apa pun CPF mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang ada di muka bumi ini. Tak lupa juga kepada kakak sulung CPF serta mak-mak saudara CPF yang merupakan seorang guru.semoga kalian mampu menjadi guru yang tabah, sabar dan sentiasa bertanggungjawab terhadap pelajar-pelajar.


sempena Hari Guru ini CPF nak kongsi cerita yang masih CPF ingat sepanjang CPF bergelar seorang pelajar.


Sekolah Rendah

Darjah 2:
time ni aku sekolah petang. so nak balik sekolah tu kena beratur panjang2 kat luar kelas. pada salah satu hari dalam seminggu tu kelas yang pertama akan kelihatan cikgu lelaki muda sedang memantau pelajarnya beratur untuk balik dan menuju ke pintu gate besar depan sekolah tanpa tolak menolak.cikgu azman namanya. aku kelas yang kedua.pada waktu ni . setiap kali cikgu tu ada kat situ aku akan tenung je dia. macam hensem sangat dia aku rasa. bila aku lalu kelas dia dan dia ada lagi aku senyum-senyum kat cikgu ni. selepas beberapa minggu tu cikgu ni tanya aku kenapa awak selalu senyum-senyum kat saya....lalu aku jawab spontan....'ermmm abah saya kenal cikgu tau'....padahal dia cikgu baru yang tak mengajar kelas aku pun......abah pulak yang jadi mangsa....bedal je nak jawab apa janji aku selamattttttt.


Darjah 4:
ustaz paling garang yang di geruni satu sekolah aku. nama ingat-ingat lupa. memang dasar murid tak mengenang jasa cikgu aku ni...rasanya nama ustaz ni ustaz riduan. muka ada jambang sikit badan gempal-gempal. ketinggian tak berapa nak tinggi. suatu hari hujan lebat kat luar dan pada waktu tu ada sesi hafazan. tiba-tiba ustaz ni panggil aku ke depan dan kena baca doa qunut. aku ni gigil2 bacalah jugak doa qunut tapi tergagap-gagap. dah habis baca boleh dia suruh aku berdiri atas kerusi sampai habis waktu sebab tak lancar. memang padan lah muka aku kan.  pastu aku ada idea baik punyer. tulis doa qunut tu kat tangan sebab nak bagi lancar. pastu gatal volunteer nak baca semula kat depan sambil tengok2 sikit tulisan kat tangan. ustaz tu dapat tangkap perbuatan aku maka kena rotan sekali kat tapak tangan. jatuh saham aku depan bebudak kelas. ustaz nak bagi pandai baca tapi aku ni malas nak hafal....memang padan mukalah...



Sekolah Menengah

Tingkatan 1:
Cikgu Bada. cikgu kaunseling yang paling best yang aku kenal. dia jugak cikgu geografi. memang sampai sekarang teringat kat dia. hari mula-mula masuk form 1 aku tak pakai tudung. tukang jahit tak sempat buat tudung aku. maka g sekolah tayanglah rambut dengan ikatan jalin udang. dalam minggu orientasi tu memang ketaralah aku sorang je dalam dewan beragama Islam tak bertudung. Cikgu Bada ni boleh sound time dalam dewan minggu orientasi "yang tak pakai tudung tu yang putih-putih tu,  awak Islam ke asli" sambil tunjuk-tunjuk kat aku. selamba badak cakap aku asli.....semua pelajar form 1 pandanglah muka aku.kebetulan sekolah aku tu memang ramai pelajar asli. aku pun bangun dengan muka merah padam sambil jawab Islam cikgu. kenapa tak pakai tudung kan kalau pakai lagi cantik......waaaaaa malunya akuuuuu................tudung darjah 6 memang ada tapi tak tau ke mana menghilang.....esoknya terus pakai tudung paksa tukang jahit siapkan hari tu jugak tudung aku....


Cikgu Bahasa Inggeris. Sir Krishnan Murtee. time ni umur dia dah tua dah. maybe dalam 2 3 tahun lagi akan pencen. dia memang suka menyakat aku time dalam kelas. sebab aku ni banyak mulut sikit. biasalah duduk depan dan selalu kena tempias air liur Sir ni. dah mungkin sebab tu jugak aku selalu pass exam subjek dia. tapi aku kesian kat Sir ni. sebab ramai pelajar suka ejek dia. sebab perut dia ni buncit sangat. dan seluar dia selalu terturun. dia pulak time mengajar asyik tarik seluar naik ke atas perut. budak2 kelas siap dok kira berapa kali dia buat macam tu. jahat tau dorang.


Tingkatan 2:
orang dok gelar dia singa betina. kesian Puan Anizan. dia ni cikgu matematik. memang sangat2 garang. datang sekolah naik motor kecik je.tak tau motor jenis apa. tapi kami panggil motor mainan warna kuning pulak tu. pernah panggil aku ke depan jawab soalan matematik. tapi aku tak ke depan langsung. last2 kena marah kaw2. tapi aku buat muka cuak.last2 dia datang kat aku nak rotan. tapi dia tanya aku dulu apasal tak bangun2. aku tarik muka dia dan berbisik "saya bocor cikgu, habis baju". first time kena period. so memang tak tau pape.....


Tingkatan 5:
Cikgu Rohani. cikgu Sejarah. time ni umur dia dekat 30++ dah tapi masih single. bagi orang lain dia ni tak best. tapi bagi aku dia ni best je. form 5 adalah zaman budak pompuan nak menggedik. semua benda nak try. geng aku ada 2 orang baru try cukur / cabut kening. dalam tengah-tengah ngajor dia boleh buat selingan " fifie awak tau tak semalam ada orang tu bakar kek sampai terbakar kening"....aku terpinga-pinga sebab tak faham....tapi kawan aku tu faham sangat....habis je waktu dia ngajor kawan aku maki habis-habisan lah cikgu tu....maki kat belakang je dorang berani....aku kena sekali sebab cikgu sebut nama aku......


kalau hari rabu memang teringatlah cikgu ni.Cikgu Rabuan.cikgu Matematik. hensem lah jugak tapi tak berapa tinggi. yang lawak cikgu ni kat cermin belakang kereta dia iswara merah ada stiker besar 'MASIH BUJANG'. tu pun nak bagitau ke cikgu.....tapi cuti sekolah dia kawin...naik je sekolah wahhh dah takde stiker tu....habislah kena ejek dengan bebudak kelas aku pasal stiker, masih bujangkah cikgu, dan kawin....tapi cikgu ni cool pandai jawab setiap soalan budak-budak nakal kelas aku.


Cikgu Panitia BM. Cikgu Jannah. same group dengan Cikgu Rohani. tapi yang ni garang nak mampus. sebab dia terlalu garang sape2 yang naik form 5 memang tak lari dari cakap 'wei aku takut cikgu Jannah ngajor kita esok'. takut tak takut memang kena hadap muka dia sape Form 5 dalam subjek BM. dia ni kalau tak puas hati dengan hasil kerja yang dia suruh memang kena sebat. aku yang takde kena mengena dengan hal kerja sekolah pun pernah kena denda. kena denda jalan itik dari hujung kelas sini sampai hujung kelas sana. koridor kelas. sebab aku keluar ikut pintu belakang time nak balik sekolah.....merasa jugaklah lenguh kepala lutut.


Tingkatan 6:
Cikgu Norliza. orang kata dia ni Datin. tapi takde pulak dengar cikgu-cikgu lain panggil dia Datin. tapi style dia memang macam Datin. ngajar BM. dia ajar memang best. terang dan memang mudah nak faham. yang paling ingat pasal dia adalah bibir dia. bibir sexy dan lipstik merah menyala.....kalau dia ngajor kat depan aku tak dengar sangat apa yang dia ajar tapi suka tengok gerakan bibir dia....memang sexy habislah....


Cikgu Baizura:
suka sangat cikgu ni mengajar.....ngajar PA 2. dia ajar kira-kira graf semua senang je nak faham. sampai sekarang aku ingat lagi formula-formula dia. aku ingat sangat dia ni sebab dia tiap-tiap tahun mengandung. inilah contoh murid busy body hal rumahtangga cikgu. sampai aku upper6 kelas aku kena buat kelas pagi petang. nak cover silibus yang masuk exam. sebab dia akan bersalin sebelum kami exam. jadi kelas lain tak sampai bab tu lagi kami dah habis semua bab....adakala setahun dia bersalin 2 kali.....takpe cikgu anak tukan rezeki.....agak-agak sekarang dah berapa ntah anak dia......



kesimpulannaya best ke jadi cikgu ni???cikgu sekarang dah tak sama dengan cikgu dulu-dulu. cikgu sekarang kena lebih berhati-hati bukan dengan anak murid je tapi mak bapak murid sekali. yelah kan cikgu dulu-dulu anak murid degil kena rotan kena denda. siap mak bapak pesan lagi ' cikgu rotan je anak saya kalau dia buat salah, kalau dia degil'. tapi cikgu sekarang nak denda budak pun pikir 100x. cubit ke tarik telinga ke esok lusa mak bapak datang serang cikgu kata cikgu dera anak dorang.....kalau nasib tak baik muka boleh masuk surat khabar free......



-wajah ceria di Hari Guru sebahagian tenaga pengajar CICT Kuantan bersama jambangan bunga dari salah seorang bekas pelajar-




nota kaki: selamat hari guru untuk semua lecturer Cict.....sory aku lambat wish ek....biasalah akukan busy....












 ni memang sangat-sangat dah lupa.tapi rasanya nama dia ustaz ridhuan. dia ni berjambang tapi tak hhjhjhjhhhpakai songkok atau kopiah pun bagi menggambarkan dia tu seorang ustazhdjsdueuedyuewu.

No comments: