jangan berlebih-lebih, padan-padan patut




memandangkan cuti sekolah sekarang
maka banyaklah orang yang akan mendirikan masjid di dalam masjid
melaksanakan sunnah Rasullulah s.w.t


mesti ramai bakal pasangan yang buat keputusan
untuk bernikah di masjid berbanding di rumah
sebab kat masjid ni mungkin aura nak bernikah tu akan lebih terasa
lebih bermakna berbanding aura di rumah

maka dengan ini aku nak share sesuatu
hukum , adab tatasusila akad nikah di masjid


isu ini saya copy paste dari penulis ini:-



Isu Nikah dimasjid, Pada Mac lalu 20 Mac 11, Seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis Datuk Ahmad Jusoh, berkatanikah dimasjid menyimpang dengan amalan Rasulullah saw. Heboh juga isu ini ketika itu sehingga pada 16-18 Jun 2011 Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan ia di benarkan. Berikut ialah keputusan penuh Majlis Fatwa tersebut dan HUKUMNYA AKAD NIKAH DI MASJID :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan. Sumber : E Fatwa
PANDANGAN AHLI MAJLIS FATWA PERLIS
Saya fikir pandangan beliau bersifat peribadi mengenai nikah dimasjid, walaupun beliau ada hujah. Lihat Utusan Malaysia.
Pandangan saya: (pandangan penulis)
Kedua pihak yang nak nikah dalam masjid kena jaga adab dan hormati masjid, jaga akhlak, aurat dan hormati orang solat dalam masjid. Sebaiknya masuk ada air sembahyang, kemudian lakukan sunat tahayatul masjid, jaga percakapan dan hormati Rumah Allah.
Jangan Ghairah nak nikah, asyik bergambar, sampai lupa nak solat, saya nampak sendiri pengantin asyik bergambar, di masjid ketika azan, kena sembahyanglah, pengantin kata , kalau solat habislah bedak dan mekap, ni dah tak ikut syariat ni. Jadi kena rancang, masa dan hormati Masjid. Jangan jadikan masjid lokasi nikah, tapi tuntutan sebenar masjid tak ditunaikan.



ini pula dari sini:-


upacara membatalkan air sembahyang selepas
selesai acara akad nikah - sekadar hiasan


Ada terbaca dalam laporan berita yang memetik berkata amalan akad nikah di masjid adalah menyimpang dari amalan Rasulullah. Boleh baca di sini laporan tersebut. Maka aku pun berusahalah untuk menggunakan perkhidmatan pakcik google mencari artikel2 berkaitan atau juga apa jua yang bersangkutan berkaitan dengan larangan tersebut. Aku mencari apakah maksud menyimpang, adakah makruh, di tegah, di larang atau di haramkan terus kerana amalan tersebut.

Teringat dalam senarai kawan di facebook ada juga seorang yang boleh di katakan berpengetahuan dalam isu agama dan beliau cuba menjawab soalan aku dan memang aku amat bersetuju dengan penjelasan tersebut. Namun aku masih mencari lagi sumber2 lain untuk mengukuhkan lagi pemahaman berkenaan isu ini. Beliau mengulas dari sudut yang berbeza dan boleh baca seperti di bawah;

Apabila Rasulullah ﷺ pernah menikahkan seorang wanita yang datang ke masjid, maka di sini hukum akad nikah di masjid adalahHARUS, bukan sunat atau haram. Untuk masakini, saya lebih cenderung kepada sebaik-baiknya akad nikah diadakan di rumah perempuan, kerana lebih mendekati sunnah dan dapat mengelakkan pelanggaran adab yang berlaku di dalam masjid. Seringkali, apabila berlaku akad nikah di masjid, terdapat yang mendedah aurat, bergaul bebas, tidak solat tahiyatul masjid. Tidak kurang juga yang merokok, kemudian diiringi hilai tawa dan percakapan sia-sia dalam masjid.Sebaik diakad nikah, pasangan melakukan acara membatal wuduk di dalam masjid. Amat tidak manis apabila si suami mencium isteri di khalayak ramai...lebih2 lagi di dalam masjid. Jika di rumah kan bagus?Itu belum termasuk, sebaik di akad nikah, suami isteri terus bersalaman tidak kira mahram atau tidak, kerana orang-orang yang hadir ke majlis itu belum dikenali dan diketahui status hubungannya. 

sekadar hiasan
(gambar di ambil dari fb Oh Media)

Berdasarkan ulasan tersebut, setakat ini aku amat berpuas hati dengan ulasan tersebut. Jika ada antara pembaca yang mempunyai pengetahuan yang boleh berkongsi lagi bagus kerana masih lagi tercari2 jawapan yang lebih kukuh dari segi penjelasannya. Aku amat2 berharap sekiranya ada antara pembaca yang boleh berkongsi sekiranya tahu.



ini pula ilmu dari ustaz IDRUS




semua pendapat ni aku sangat setuju
memandangkan aku ni cetek ilmu agama
walaupun sekarang ni sekeliling aku
dah ramai sangat
jadi ustaz dan ustazah terjun
hari-hari ada ustaz dan ustazah baru
kat dalam FB


tapi aku lebih suka refer
pada golongan yang mendalam ilmu agama macam mereka ni
apa yang ustaz Idrus cakap tuh benar
senang je nak faham
walaupun beliau menyampai dalam bahasa Ganu....
kalau tak takkan dia ramai pengikut


kalau korang perasan ada ustaz Idrus tu cakap
golongan hafiz pun sekarang kawin pakai inai
pastu dia ada sebut *****



makanya selalulah mencari waktu untuk mendalami ilmu agama
tak salah rasanya walaupun kita ni sudah menjadi seorang ustaz dan ustazah
yang memang dah banyak ilmu agama


kalau kita ni sebagai pengantin time tu
tak perlulah nak tunggu orang tegur dulu apa yang kita buat tu
baru nak pikir balik patut ke tak patut
perbuatan tu.


terang-terang perbuatan tu dalam masjid
walaupun dah halal tapi kenalah jaga adab, tatasusila di masjid


aku sekadar share benda ni. peringatan untuk diri sendiri juga. kalau salah tolonglah betulkan.aku pun takde lah pandai sangat bab ni. tapi dengan beberapa rujukan di atas rasanya cukup untuk kita tambahkan ilmu pasal isu nikah kawin dan adab dalam masjid ni.


p/s: jangan kita jadikan orang Islam itu sendiri yang memalukan institusi masjid dengan pekara-pekara macamni.







1 comment:

Aleen Afifi said...

oooohhh baru lah kini sy tahu...
barulah nak ingat ingat balik masa saya kawen dulu walaupun hanya di surau. mungkin adab dia adalah sama kerana fungsi masjid n surau adalah sama:iaitu tempat beribadah utk umat islam.


dan sy yakin sy memang xde smpai berpelok2 dlm tmpat tuh. Pegang tangan tuh maybe ada. Mungkin salah sy kerna sebelom nih sy tgk org lain buat ok je...

ada yg bila kene tego. naik hangin...siap terkeluar smua pasal pelok cium pasangan pengantin dlm tempat beribadat ini.

Tp harus di teliti, ada ke org buat 'kerja' dlam tmpt beribadat ini.

term 'kerja' maksud sy adalah kerja yg boleh mengundang syak org sekeliling. Kalau memang niat pasangan pengantin utk membatal air sembahyang. cukup lah dengan tersentuh tika menyarung cincin.

bkn nak jdik ustazah..cuma mengutarakan pendapat...

silap sy pd hari kawen sy dulu mgkin dpt mnjadi iktibar insan bakal mendiri kan rumahtgga kelak..

moga tidak ada kemusykilan kelak dgn isu ini.


wallahu 'alam.