salah ke kalau saya seksi macamni di hari Jumaat



keadaan rumah aku memang panas giler
kipas atas bawah dah pasang
sesiapa yang dah pernah singgah
rumah aku taulah azab kepanasan
dalam rumah aku


keadaan kipas siling yang super duper slow mengalahkan siput vavi
walaupun dah putar volume ke tahap 5
lek lek lek pusingannya (lek lek lek tu maksudnya terlalu perlahan)


tak cukup dengan itu aku keluarkan pulak kipas kaki
pun tak terasa anginnya
makanya anak dara aku yang satu tu
mengamuklah kepanasan




dah dia tak pandai nak bercakap
aku manalah tau dia panas ke apa
aku bagi susu dia tendang aku (bagus betul anak aku ni)
aku tukar pampers yang langsung tak basah dia tendang-tendang aku lagi (owh takpe sebab ko kecik lagi nakk)
aku sapu minyak angin kat perut, belakang dan dada pun aku kena tendang (apalah salah ibumu ni nakkk)
aku bawak dia jalan-jalan dalam rumah
dari depan ke belakang dari belakang ke depan
dari satu bilik ke satu bilik yang ada dalam rumah aku tu
sampai bilik air pun aku bawak langsung tak jalan jugak
dia meraung-raung sambil keraskan badan dia dan melonjak-lonjak keriangan
janganlah jiran sebelah syak aku dera anak


nak mandikan dia aku rasa tak patut pulak
Mama dia dah mandikan dia
nak lap-lapkan badan dia nanti dia segar bugar taknak tido pulak
dengan aku aku sekalilah takleh tido


jalan terakhir aku separuh bogelkan dia
pastu dia diam dan sengih-sengih tengok aku
owh nampak gayanya dia amat hargai aku separuh bogelkan dia :)
dan badan dia rasa melekit-lekit berpeluh


dah ok macamtu  aku try dodoikan dia di ribaan aku
tak sampai 10 minit dia tido....syukur.....
bila anak dah tido apa lagi si ibu pun patut cari bantal lelapkan mata
bukan apa time anak tido nilah aku nak rehat sama....





tapi aku tido takdelah separuh bogel macam anak aku ni
tak guna aku seksi macam Hannah
badan aku tak gebusssss
harus di ingat pantangnya belum cukup 100 hari
jangan di coba coba
haru biru di kemudian hari nanti....












No comments: