air tangan Opah
aktiviti hujung minggu aku tanpa en hasben
nasib ada Hannah
sekurang-kurangnya ada jugak insan tersayang disisi
macam biasa hujung minggu berkumpul kat rumah Opah
ada family assembly sebenarnya
maka Opah buat bubur lambuk
aku datang awal sebab nak tolong
selain air tangan Ma aku
air tangan Opah aku adalah yang terbaik
kalau tak takkanlah en hasben aku
dari kecik tak makan terung lepas 4 bulan kawin dengan aku
dia dah boleh makan terung
ni gara-gara air tangan Opah lah
Jom review cara Opah aku buat bubur lambuk ni.
sorry ok sebab gambar untuk bahan-bahan ni main campak je.
takde proper macam dalam rancangan Chef Wan masak tu
antara bahan-bahan dan cara Opah aku buat bubur lambuk:
-beras dicuci bersih dan si masak dengan lebihkan air (ketepikan)
-bawang merah dan halia si blender
-santan
campurkan semua di atas dalam periuk
lada hitam di blender halus
daun pucuk meding (tak tahu sile google)
kelapa parut yang di goreng di blender halus (goreng macam nak buat kerisk)
tambah air sedikit
kemudian baru masukkan nasi yang di masak lembik tadi
garam secukup rasa
campurkan semua bahan tadi dalam periuk
kacaukan sekali sekala ramuan yang dah di campurkan.
ini gambaran time semua bahan di campurkan.
yang dah masak tak sempat nak snap sebab semua gigih mengadap bubur ni.
habis licin sama sekali
sekali hadap je oleh big family aku
maka yang mana ada tu memang takde yang dapat tapau
untuk di bawa balik.
kesian........termasuklah aku.......
*selalunya banyak lagi bahan lain yang boleh di tambah dalam bubur lambuk ni. tapi kali ni Opah aku buat yang simple macamni je. just ada pucuk meding.
apa pun memang best sangan air tangan Opah ni.
orang lain buat memang tak jadi sedap macam Opah buat
sekarang ni pun teringat-ingat lagi
makan panas-panas
memang tak jemu.......
1 comment:
time sy balik xde plak opah nak buat...nih nak boikot nih...
aiseh men
Post a Comment