tau tak siapa yang sakit ni



entry pekasam......

tapi tetap kena cite jugak sebab kalau tak cite nanti lupa pulak kejadian ni. almaklumlah sejak nak jadi ibu ni penyakit pelupa makin menjadi-jadi.


kejadian berlaku pertengahan bulan Oktober 2011. lepas raya puasa. dapat berita my abah mertua a.k.a FIL masuk hospital sebab batuk berdarah. balik kerja terus en hasben ajak balik Bahau. FIL stay kat Bahau. terpaksa aku ambik EL keesokkan harinya sebab tengok FIL macam teruk je. dalam tong sampah penuh tisu-tisu yang ada darah. penuh okeyyyyyy....bukan sikit2. kira kes teruk lah nih.....maybe pasal rokok....FIL aku ni memang takleh renggang dengan rokok dia....tulah teman sejati dia....rokok dia sangat spesel. rokok hasil eksperimen sendiri......bijak tak abah mertua aku ni.....bagi dia sedap kot rasa rokok tu...bagi orang lain aku tak tau. aku nak jugak rasa tapi masih belum berpeluang.....hahahaha agak-agak ada peluang tak.....


 
time aku melawat tu FIL aku memang takde selera nak makan. biasalah orang sakit. dia tengok je hidangan yang hospital bagi....last-last adik ipar yang makan. dia request roti canai.....en hasben g beli.




wow baru ada selera nak makan nampak roti canai.....sebenarnya dia xdelah selera sangat. cuma teringin je kot. sebab aku tengok anak menantu yang banyak menghabiskan makanan-makanan tu. menantu tu aku lah orangnya.....hahahaha.......sampai tukang collect pinggan cakap wow......seronoknya orang sakit tak makan tapi orang sihat yang makan'......kah kah kah kena sound dgn makcik tu......tapi ini bukti yang abah mertua aku ada makan jugak walaupun sikit....sape kata dia tak makan.....



yang ni orang sakitnya dah berganti....kesian FIL aku...terpaksa pindah tempat...duduk kat kerusi orang melawat. kapas yang sumbat kat hidung tu sebab darah asyik keluar je ikut hidung....so kena sumbat kapas.

adik ipar aku ni saje2 je nak merasa jadik orang sakit kot...dah macam orang baru pas bersalin aku tengok. bersalin baby besoooooo.......


FIL aku tu sebenarnya nak kena cahaya matahari....sebab tu baring kat tepi tu....aircond kuat sangat kot bagi dia tu yang nampak kesejukkan tuh......


sekarang kesihatan dia dah semakin pulih. berkat doa isteri dan anak-anak dia kot. dan yang paling best abah dah tak hisap rokok dah. nasihat dari doktor.....tapi payah jugak dia nak jauhkan diri dengan rokok tu.....kalau orang pelawa aku tak taulah dia ambik ke tak????? korang rasa dia ambik ke tak?



No comments: