kain baju saya dan kain baju dia



terasa seperti akulah wanita besi (ini adalah duta lantik sendiri).

tiap-tiap pagi g kerja mcm biasa. balik kerja kena masak pulak. kalau tak masak memang tak makanlah kami anak beranak (jenis tak sukan makan kat kedai).pastu kalau tengok rumah bersepah-sepah macam kapal pecah hati jadi tak keruan (padahal tinggal 2 orang je. agak-agak sape yang suka sepahkan rumah). takkan nak tengok je so kemas apa yang termampu.

pekara yang paling membuatkan aku sakit jiwa adalah yang berkaitan kain baju. antaranya:-

1. kain baju yang belum di cuci

2. kain baju belum di lipat. 

yang ni paling membuatkan aku sakit mata dan sakit jiwa.

selalunya rumah aku akan menjadi rumah dobi seminggu sekali. dah 2 orang je yang pakai nak basuh hari-hari efficient ke????(betul ke dok ayat aku nih).membazirkan sabun, air, tenaga dan elektrik je....semua ni pakai duit tau...

semenjak washing machine kat rumah aku ni rosak memang kain baju berlambak-lambaklah. tak ke ko sakit mata & sakit hati tengok rumah dah macam hape ntah......en hasben memang sll mengeluarkan ayat macamni ' awak tak payahlah basuh kain baju tu....nanti saya ada masa saya basuh'. (harap-harap dia baca)

fuuhhhh lega giler dengar ayat-ayat sweeeet lagi romantik macamtu dari mulut dia. aku pun tunggu jelah time dan waktu bila dia nak basuh. pas sehari ke sehari sampailah kejadian  spenderrrrr pun dah takde nak pakai berlaku....(ini kisah benar tau). spender dia aku tak taulah.....sebab dia nampak cool je.....

last-last aku pikir takleh jadi ni. aku takleh nak harapkan dia sangat. dia selalu outstation memang takde masa sgt kot nak tolong buat benda-benda macamni. takkan aku nak membogelkan diri g kerja....ishhhhhh.....

so kena gagahkan diri dengan kudrat yang ada. balik kerja relax dengan cite Soffiya kejap pas maghrib aku start membasuh, memberus, membilas dan menjemur. terkangkang-kangkang aku kerjakan kain baju ni sorang-sorang dengan perut memboyot kedepan. time-time main air ni jugaklah baby dalam perut suka mengeras. dapat bayangkan tak orang tengah sarat macam aku ni buat kerja-kerja ni. terus feeling jadi isteri orang dulu2. basuh kain macam ni tepi telaga......sambil bergosip sakan (aku sempat keadaan macamni).


 2 jam aku ambik masa cuci kain baju sebakul ni......


bila dah siap kena jemur dalam rumah sbb pantai timur sekarangkan sll hujan.....so baby cot nilah yang jd mangsa. bila tengok baju-baju ni seme tetiba terasa bangga sebab aku mampu buat ni semua secara manual.....ko mampu...????????


p/s: kalau en hasben terbaca kisah ni harap2 cepat-cepatlah dia g beli  mesin basuh yang baru....yang murah pun takpe.....janji mesin basuh.tidak kesiankah kamu kat binimu ini.....kalau tak beli jugak korang faham-faham sendirilah yek........





No comments: