tayangan PERDANA yang tak berapa nak PERDANA



dah selamat jadi pekasam cite ni...baru sekarang nak story. takpelah janji berupdate jugak blog ni. 

3 September 2011 a.k.a raya ke lima baru ni telah berlangsung 1 majlis yang sederhana di rumah Ma aku. adik bongsu perempuan aku telah selamat di tunangkan dengan jejaka pilihan hatinya.

meh aku terangkan sikit pasal adik beradik aku ni. 

ada 4 orang adik beradik perempuan. seorang kakak (single but not available) ,aku, ude (aleenavril), ateh (yang bertunang nilah). seorang adik lelaki (tinggi,gelap, tegap, sasa tapi manis berlesung pipit). ini semua yang 1 mak 1 bapak dan 1 acuan. (Ma dan Abah aku divorce) pastu masing-masing bina hidup baru. Mak dan Abah dah ada keluarga masing-masing. jadi kami ada adik lain. Muzzafar (anak Ma aku dgn ayah tiri) dan Haziq (anak abah aku dgn mak tiri).

Dua-dua pak dan mak tiri aku best. orang kata kepala dorang boleh join dengan kami.ok stop pasal dorang.

sambung balik.......



inilah wajah kesayangan kami yang dah jadi tunangan orang tu.


 beliau dengan tunangnya tapi kenapa wajah tunangnya sebegitu rupa ek??? eeeee saja jer....nanti dorang dah sah aku tunjukkan wajah sebenar si jejaka......




inilah ahli keluarga bahagia kami. walaupun dah ada family masing-masing tapi hubungan masih erat. buang yang keruh ambil yang jernih. kita semua hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

atas: Ma dan pak tiri kami. yang depan tulah Muzzafar.
bawah: bersama abah terchenta dan tersayang. tepi belah kanan tu adik abah (pak ndak). Mak tiri dan haziq tak datang sebab ada kenduri jugak kat rumah mak pak dia di kampung (biasalah musim raya).


**** so sape-sape yang ada hati kat adik ai ni silalah lupakan hasrat korang tu ek (kalau adalah kalau xde xpe)....tak baik kacau tunangan orang.




No comments: