teringat Mak Cik Salina


petang semalam berbuka ala kadar saja. tak sempat nak balik awal mcm biasa maka tak sempatlah nak masak. kat ofis berlambak2 kerja yang kena settle sebelum pagi ni. jadi nak senang kerja singgah rumah Ma untuk berbuka. nasiblah ma aku ni berniaga jadi adalah juadah yang tak habis di jual untuk di makan. especially kuih muih.

makan ala kadar pergi pulak rumah opah. saja nak singgah. masuk2 rumah sebak rasa hati tengok opah berbuka sorang-sorang. pak saudara aku tak balik kerja lagi time tu. maybe dia kerja malam. rasa mcm kesian sgt kat opah sebab dah makin tua dan tinggal sorang2.  hari biasa memang sunyila rumah tu. tapi kalau weekend memang semua pak cik makcik ku datang bertandang.riuh time tu jelah dengan anak cucu. masing2 dah ada keluarga sendiri. pasrah saja. termasuklah aku. aku join sekali opah makan. tadi pun just minum n jamah yang ringan-ringan je.

lepas je maghrib dan sembang2 sikit dengan opah aku mintak diri untuk balik. tetiba teringat mak cik Salina. siapakah mak cik Salina???

Mak cik Salina ni mak cik cleaner time aku kerja kat CROCS distributor dulu. kira aku rapat jugak dengan mak cik ni. sebab kekurangan staff melayu. tiap2 hari lunch sama. dia selalu bawak bekal. aku dan aleenlah yang selalu menghabiskan lauk2 yang dia bawak. sebab dia masak memang sedap. susah nak ckp sedap mcmne. air tangan org tua kot. dia lebih l\kurang sebaya dengan  opah.

jadi tetiba anak tekak teringin nak makan ikan bakar macam mak cik Salina selalu buat. terus singgah kedai dan beli apa yang patut. balik je rumah tanpa mandi dan salin baju terus sinsing lengan dan cuba buat ikan bakar ala2 mak cik salina.

dengan alatan tak berapa nak ada seperti pemanggang ikan takde, bahan2 pulak guna stok yang ada je jadi belasah jelah. kebetulan en hasben baru balik kerja. jadi memang langkah kananlah dia. dapat makan lauk panas2.






belum pape dah di ratah oleh en hasben....pelahap betul suamiku ini......

inilah hasilnya walaupun sememeh je rupanya. rasanya macam same je cuma rupa tak secantik mak cik Salina yang buat. aku hidangkan ikan ni dengan kicap cili dan perahan limau kasturi. 3 ekor ni habis di makan sekali hidang je. untuk sahur kena masak lain lah jawabnya.....

lepas makan ni terus feeling rindu kat mak cik Salina terubat.....





No comments: