tema Bollywood








sambungan kisah jemputan taukeh kedai kain Marboor tempoh hari . entri tuh kat sini.


dalam kad jemputan ada tulis tema pakaian adalah Bollywood.


2 minggu sebelum majlis aku dan en hasben pening dok mikir nak pakai pakaian jenis Bollywood yang macamana.


aku pulak memang teringin nak pakai sari or punjabi. aku pernah ada 1 pakaian punjabi tapi entah ada kat mana. samada rumah kat kl or kat panching. malas nak pikir panjang pada malam tersebut aku just pakai baju ni je.







baju kurung jelah. dah yang ini je berlambak-lambak dalam almari kat bilik. tak payah nak membazir. sampai je kat dewan kira macam waaaaaahhhhhhhh...............teruja gitu. dah macam berada kat Bollywood je rasa.





dah pakaian tak Bollywood tapi mata tetap nak over macam artis Bollywood. ada gaya tak???? errrmmm tak sama pun takpelah...dah orang Asia jadi muka pun tak boleh lari lah dari Asia style. en hasben pun sebenarnya over nak pakai lens color ala-ala biru grey.....rasa nak kasik pelemmmpangggg jeeeee........mane boleh dia lebih-lebih dari wife dia ni kan kan kan????





jemputan tak kira Cina, Melayu or India majoriti berpakaian Bollywood. tapi ada jugak yang berpakaian tradisional macam aku ni. mungkin kitaorang ni tergolong dalam golongan orang yang kurang berkemampuan nak bersari bagai.....:(


pengantinnya tak guna pelamin. kira bersanding just duduk atas buaian tu je. aishhhh orang kahwin zaman sekarang macam-macam style. janji majlis tu hebat dan sesuai dengan keadaan.




pastu time pengantin nak masuk tu adalah pemuzik apa ntah orang panggil. yang macam nilah. memang dorang ni hebat giler. 1 pentas tuh dorang berjoget sambil tiup ketuk alat muzik dorang. memang sebijik macam dalam tv tuh.....



yang memboringkan kat majlis ni adalah penyanyinya. tuh yang lelaki pegang mic tu. asyik nyanyi lagu hindustan yang lama-lama je. bosan sungguh. kalaulah dia nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hi ke Dil To Pagal Hi ke sedap jugak....ni lagi yang aku tak pernah dengar.......




tapi lauk yang di hidangkan menyelamatkan keadaan orang-orang yang dah kebosanan mendengar lagu yang ntahapaapa tu sambil menunggu pengantin tiba . memang super duper sedap hingga nak jilat ibu jari kaki. (yang ni memang aku tipu).


nampak tak antara menunya. yang paling sedap dan sesuai dengan anak tekak aku time ni adalah sambal udang dan ayam goreng berempah. memang sedap giler. dan licin di kerjakan oleh ahli-ahli meja kami.







ini adalah gift untuk yang hadir. dapat perfume sorang satu. kalau kanak-kanak just dapat kit kat tak silap aku. lupa sudah.....

yang kotak biru untuk lelaki dan kotak pink adalah untuk perempuan .


kalau sape-sape yang bakal berkahwin bolehlah buat macamni.


p/s: kalau aku kawin dulu bagi gift macamni mesti bestkan. tapi lagi best kalau yang datang bawa hadiah macam microwave, washing machine dll. alangkah indahnya majlis time tuh .......








No comments: