sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang suami korang pikirlah sendiri...


entri khas untuk makhluk yang sudah berumahtangga secara sah.


betul ke peribahasa sayang isteri tinggal-tinggalkan,......


habis kalau sayang suami apa pulak??? ada tak sape-sape yang tau....





benda inilah yang berlaku pada aku sekarang. hasben aku tak balik rumah. sudah 2 hari. dia tinggalkan aku . agak-agak dia sayang kat aku tak kalau dia dah buat macamni.....huk huk huk.....



tapi aku tak sedih pun. biasa saje....biarlah dia nak tinggalkan aku pun. nampak sangat aku ni keras hati dan kepala. tipulah tak rasa apa-apa. mestilah rasa. rasa rindu and something like thatlah. kalau korang tak kawin lagi esok-esok bila korang dah kawin korang rasalah sendiri apa yang aku rasa sekarang.



sebenarnya dia bukan g mana-mana pun. dia g kerja tapi outstation. tak taulah bila dia nak balik. sebab depend pada projek dia kat sane. kalau dapat setel awal awallah dia balik. macamtulah jugak sebaliknya.



aku takdelah sedih sampai nak meraung-meraung. dia pergi kerja bukan pergi buat benda-benda yang tak sepatutnya. kalau yang tu memang aku meroyan siap-siap.


cuma apa yang terasa sekarang adalah kerinduan jelah. sebab lepas sebulan lebih kawin ni macam dah biasa buat pape semua dengan dia. jadi bila kena tinggal kat rumah ni sorang-sorang macam terasa seperti kehilangan je rasa. makan sorang, tido sorang, tengok tv sorang . pendek kata semualah aku buat sorang-sorang. terasa macam sebatang kara pun ada. padahal rumah family 1 negeri je. dah tu tak reti-reti nak balik kampung.????





tapi apakan daya. dah kerja dia macamtu aku nak buat mcmne. untuk rezeki kami jugak kan. harap-harap balik nanti dia bawak balik duit yang banyak supaya cepat kami dapat beli rumah. syoknya kalau dapat duduk rumah sendirikan. bahagia giler rasa .(walaupun ku tahu ini hanya angan-angan)


tapi tak tau bila angan-angan ini akan menjadi kenyataan. harap-harap tuhan melimpahkan rezeki untuk kami. amin....