kematian demi kematian


cuti maulidur Rasul aku di BT3. saja nak jumpa sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. lama benar lah tu .


sedap duduk menyembang kami anak beranak telah dikhabarkan oleh seorang jiran ada itik belaan opah mati di belakang rumah. dapur rumah dia mengadap dapur rumah opah. padahal baru 10minit lalu aku nampak itik ituelok je time basuh pinggan. tapi kira itu dah ajal dialah.





opahlah paling sedih. sebab baru beberapa bulan semua ayam belaan mati macam tu jugak. pastu opah beli sepasang itik. sekarang seekor dah mati. tinggal yang sekor lagi tu jelah.







sekarang takde apa-apa lagi binatang ternakan opah. opah kata biar relaks2 dulu. kot-kot ada wabakan penyakit ke apa mana kita tau kan. sebab sebelum ni kena kat orang lain dulu.



jadi sebelum seekor tu mati macamtu je lebih baik sembelih. boleh buat lauk.





jadi hari itu tugas en hasbenlah yang setelkan semua masalah. dari menanam bangkai itik dan menyembelih itik yang seekor lagi sampai licin bulu itik tu sebelum di buat lauk. nasiblah kan sebab dia jadi suami ai....kenalah buat kerja-kerja kampung macamni....tapi dia memang orang kampung jugak....






1 comment:

ardinihumaira said...

dah kena sembelih.. hehe masa sedap2 tau