en hasben dah tinggalkan aku

genap usia perkahwinan sebulan dah berani en hasben tinggalkan aku. berani tak berani dia memang kena tinggalkan aku sorang-sorang. dah kerja nak buat macamne.

hari ini dia ke Terengganu. ada job pakej perkahwinan kat sane. rezeki jauh-jauh pun kami terima. ada untung sikit-sikit pun kira rezeki jugak. kepercayaan dan kepuasan customer tu penting.

so Khamis ni aku dan FIL akan travel secara tak langsung ke Terengganu. sebagai isteri kenalah bagi support kat suami. tapi tujuan asal nak jalan-jalan sebab abah hasben aku ni dah panas punggung duduk dalam rumah je. boring.

jadi malam ni aku tido sorang-sorang jelah. jadi katil ni aku yang punya... biasakan dia je yang jadi raja atas katil ni sambil guling-guling dengan laptopnya. space yang ade jelah ruang tido utk aku. nasib badan slim molim....





No comments: