aku bukan mak dia tapi serius aku susah hati

semalam dapat sms dari my sis aleen yang dia nak bawak Arissa tinggal dengan dia kat KL. tetiba rasa sebak di dada. yelah Arissa kan anak buah aku yang pertama. mau aku tak sayang dia. sayang dia bangat bangat. sudah rasa macam tak boleh berpisah dengan dia. padahal dia anak orang lain bukan anak sendiri.

sepanjang aku bujang memang setiap pagi dan petang aku akan jenguk Arissa dulu sebelum pergi kerja dan balik rumah. memang selalu teringat-ingat kat dia . sekarang dah tak boleh buat macamtu. sebab rumah sekarang jauh sikit dengan Inderapura.

-nanti mak ngah akan rindu nak susukan Arissa-

sekarang Arissa di bawah jagaan Cik Dah aku di Inderapura. so bila rasa rindu terus berdesuppp terjah Inderapura. bila weekend memang semua berkumpul di rumah Opah dan aku akan take over jaga Arissa. Cik Dah pun ada anak sebaya Arissa cuma umur dia awal sebulan dari Arissa. tapi bila dah tau ibu dia nak bawa dia ke KL aku tak dapat buat apa-apalah. sebab itukan anak dia. dia lagilah sayang anak dia kan.

-rindu nak tidurkan Arissa-

tapi aku susah hati. sebab rasa macam susah je kalau aleen sorang-sorang jaga Arissa kat KL. memanglah hantar kat nursery tapi pelbagai kemungkinan boleh berlaku. nak pulak hasben dia kerja kat Terengganu. jadi segala masalah dia akan hadapi sorang-sorang. budak-budak kan selalu senang je kena jangkitan. kalau demam dan selsema tu memang senang nak dapat. ini sebab aku selalu tengok berita kat tv. boleh katakan sebulan mesti ada 1 kes melibatkan nursery ni. risau sebab Arissa kan baru 2 bulan. kecil sangat lagi.

-rindu nak main-main dengan Arissa-

apa pun kami semua serahkan je kat aleen. sebab aleen kan ibu Arissa. jauh ke dekat ke kami semua sayang sangat-sangat kat Arissa ni. ibu dia nak bagi yang terbaik untuk anaknya. inilah yang dikatakan pengorbanan ibu untuk anaknya.


p/s: bakal rindukan Arissa kalau confirm dia di bawa ke KL.





1 comment:

uMmI NuR aIn said...

cepat cepat la dapat beby sendiri...
hehehehe..
nanti ain tolong tengokkan arissa sekali..