seronok jugak kalau merajuk menjadi

hal rumahtangga tak boleh cite kan??? takpelah nak cite jugak...sebab yang ni cite bahagia...

sebab bantal busyukkkk dia aku merajuk. yelah bilik kami berekon. aku pulak memang sensitip sangat-sangat kalau bab sejuk-sejuk ni. nanti alah badan aku akan membengak dan gatal-gatal. jadi malam-malam tido on ekon tahap paling minima.

tabiat en husband ni pulak yang aku baru tau sejak kena tido dengan dia ni adalah dia tak boleh tido tanpa bantal busyukkkkkkk dia tuh. bantal yang ada bau-bauan yang dia kata beshhhhh sangat baunya pastu boleh paksa-paksa suruh aku bau bantal dia untuk tido yang lena. boleh gitu??? :(. macam ghau ghau bau dia bak kata shamsul ghau ghau...... eeeeeeeiiii bagi aku memeningkan kepala lagi adooooo....

aku request dengan dia kalau nak tido dengan aku jangan ada bantal tu sampai aku tido. pening dooooo....last-last dia boleh kecik hati dengan permintaan aku tu dan dia bawa bantal kesayangan dia tu dan tido kat luar sampai pagi. betapa sayangnya dia kat bantal tuh....aku dia tak berapa sayang kot.

memula mood aku elok. pagi-pagi bangun siap2 nak g kerja. buat air dan breakfast untuk dia dan keluar terus g kerja. aku tanya dia mana kunci pagar rumah. dia boleh buat ala-ala kayu mati kat depan sambil2 buat tak nampak aku lalu lalang cari kunci rumah. dalam hati: " ooooooo takpe layan ai macamni, ai redha"....ayat sedapkan hati....

balik kerja dia dah ada kat rumah....dalam hati rasa sejuk je sbb rasa macam dia tunggu aku balik....

masuk bilik letak beg dan terus g dapur nak masak nasi. air pulak takde. aku tanya dia" awk air takde ke?". dia buat dono je sampai sudah. ahhhhhh lantak kolah suamiku....taknak cakap sudah....lagi sekali hati dan kepala aku jadi batu...jangan salahkan ibu yang mengandung.

nak kencing nak berak nak mandi tahan jelah...lepaking dalam bilik sesorang sampai tertido. sedar-sedar dengar macam orang bertukang kat belakang. jadi aku bangun sebab waktu maghrib dah nak habis.

terkejut beb aku tengok kejadian ini. tak sangka dia boleh sakit hati sampai effect jadi macamni.

tapi buat-buat cool.....biasalah hati batu...

korang tau apa dia buat.....

dia mengamuk sorang-sorang kat dapur sebab geram kat aku....habis periuk kuali dia ketuk.
=
=
=

=

=

=

=

=

=

=

=

=
=

=
=
=

=

=

=

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

-inilah hasil amukan dia-

-rasa memang boleh tahan-


siap mandi dan solat isyak , dia jengah dalam bilik ajak aku makan. dalam hati berkata-kata ' rupanya suamiku tak bisu'. yelah dari pagi aku cakap dengan dia tapi langsung tak berbalas.

lauk-lauk yang dia masak kira oklah. cuma aku tanya pasal lauk ayam tu. 'awak kenapa ayam ni awak masak jadi macamni'. dia jawab ' ini namanya ayam masak beku' sebab saya masak time dia beku. ermmm tapi nak letak nama apa ek. ayam goreng sayur berkicap or sayur goreng kicap berayam. korang jelah yang letak nama.

yang ini wajib ada kalau takde dia buat-buat perangai taknak makan. mengada-mengada betul. nasib aku ni isteri solehah. cari jugak kat mana letaknya kicap ini. hilang sokmo.

habis makan aku pesan kat en husben. kalau macamni bolehlah saya merajuk sokmo. dia jawab ' kalau macamtu lepas ni awak pulak yang tido kat luar'.

gulp...

aik aku pulak yang kena....


No comments: