save the date....see u there...!!!

cam tak mencabar je tajuk entry aku kali ini....saja nak riak sikit.ala sikit je bukan banyak pun. bagilah chance sikit.

awal-awal lagi aku dah tau result urban vibe online contest. sape lagi yang menang kalau bukan aku. maybe sebab en husben aku hensem kot tu yang jadi pemenang tu.... hensem sebab dia pose dengan batang pokok sambil tersengih sengih sejibik sama macam kambing nak terkentut. apa motif aku sendiri pun tak tau. sorry ye syg termengata u pulak . risau kot-kot aku pulak yang kena tido luar. dahlah sekarang menetap kat rumah dia.

-pic inilah yang aku pertaruhkan-

staff dari penganjur awal-awal dah call aku inform aku pemenang contest tu. so teramat teruja sampai rasa nak pengsan pastu bangun balik pastu pengsan dan bangun balik...macam tulah sampai empatpuluhempat kali.

pastu tengok blog pameran-pengantin-malaysia yang buat contest ni untuk kepastian...owh memang betul. so aku di hadiahkan 'REAL WEDDING' kat Ampang Point pada 8hb Januari 2011 nanti.

so, sape2 yang nak kenal aku real bolehlah datang ke Ampang Point pada 7 - 9 Januari 2011. tapi slot untuk aku pada 8hb Januari 2011 pukul 2.00 petang. aku bukan nak budget glamour cuma hanya ingin berkenalan dengan blogger lain.

No comments: