sampai bila

sekarang aku dah tinggal berasingan dengan my lovely family. (silew baca dengan nada sedih sesangat).

ikut en hasben lah tinggal kat rumah dia.

kira oklah tinggal berasingan ini. sebab boleh belajar berdikari sikitlah. (padahal aku habis je sekolah memang dah hidup berdikari selepas ma dan abah divorce ). cuma rasa sunyi jelah. sebab aku kan dah biasa hidup dalam 1 rumah tu ada lebih 5 orang. kira meriah selalu.

cuma yang tak best kehidupan aku sekarang ni adalah aku rasa hidup aku tak sempurna gitu. hahaha tetiba kasi korang terfikir apakah itu???? ini bukan masalah rumahtangga......harap maaf....

masalahnya adalah kat rumah ni takde sumber-sumber yang boleh aku dapatkan internet. kesian kan??? aku ada P1 dan celcom broadband dari aku tak kawin lagi. tapi P1 tu takde coverage pulak kat area rumah kami. celcom broadband pulak aku dah cuba install empatratusempatpuluhempat kali kat laptop en hasben tapi failed.

aisyyyyyhhhhh sampai bila aku kena hidup tanpa internet ni. tiada yang lebih sempurna selain internet dalam hidupku. eceh eceh eceh.....

nasib kat ofis ada......terubat sikit....


No comments: