kenapa dan bagaimana?

atas sebab apa jadi macam tu?

kenapa boleh jadi macam tu?

bagaimana benda tu boleh berlaku?

kenapa dan bagaimana?

banyak betul persoalan kan?

korang pernah putus cinta tak? pastu bila dah ada pengganti tiba-tiba yang lama datang menjelma. tipulah kalau tak de rasa apa-apakan? kecualilah korang break off dulu atas kesilapan yang berat dan payah untuk di maafkan. tapi ni break off sebab keegoan masing-masing je.

kalau ternampak depan mata macamne ek perasaan korang masa tu? happy / sedih / takut / atau apa? pastu bertentang mata pulak. nak senyum ke nak buat tak tau je ke ataupun nak buat buat macam lupa pulak yang itu adalah ex kita. jadi bila bertentang mata tu seolah-olah bertentang mata dengan orang yang kita tak pernah kenal jelah.

iyelah kalau terover nanti takut cinta bertaut kembali pulak. teman yang sekarang ni nak campak ke mana???? kalau belum ada apa-apa ikatan kira oklah kalau cinta tu bertaut kembali. tapi kalau dah ada tanggungjawab macam dah bertunang ke dah berkahwin ke hah macamne cara nak mengatasi masalah macamni?

iyelah niat memang nak lupakan hal-hal lama tu. tapi kalau dah banyak kali terserempak or si dia start calling-calling or sms semula mau parah jadi pada hubungan sekarang.

ini bukan masalah aku tau. saja je nak tanya pendapat korang.

boleh share tak cara korang atasi masalah yang lebih kurang macamni....




No comments: