kalau dah macamni kenalah ada bayaran

entry dah basi tapi baru nak keluar hari ini. biasalah busy sekarang. :)

inilah aktiviti aku dan hasben bila dia tengok aku tak de buat apa-apa. asyik dengki je tengok wife dia relax-relax. time aku nak manjakan diri sendiri dengan aktiviti terbaik aku time bujang dulu dengan guling golek-golek atas katil menantikan mata nak terkatup untuk tido mulalah hasben kecik aku ni datanglah mengacau. memang geram menguasai jiwalah time tu. tapi sebab dah jadi hasben sendiri aku pendamkan aje. taknak jadi isteri derhaka pulak nanti....heheheh. kan mencuba itu lebih baik....betul tak?

time nak request tu aku memang tak boleh blah nak tengok muka dia. tersengih-sengih macam apa lagi. ingatkan nak apa lah kan time-time siang hari cerah terang benderang kan. rupa-rupanya cuma nak aku jadi model dia. aku dah cuak dah sebab ingat nak jadikan aku model baju pengantin dia time tengahari camni. rupa-rupanya ini ayat dia:

dia: errrrmmmm nak pinjam boleh tak?
aku: pinjam apa?
dia: ermmmm kalau cakap jangan marah ek?
aku: yelah apa dia . duit ke?
dia: bukan, nak pinjam muka je....boleh tak?


gulppp!!!! muka pun boleh pinjam ek??? ooo rupa-rupanya dia nak menyonteng muka aku. nak belajo make up katanya. takpelah dah cabang kerja dia dah macamtu. janji niat dia tak terpesong. tapi sebelum ni dia belum pernah make up sesiapa. sebab dia tak yakin. tapi sekarang dia dah lain kot. ha lantaklah. janji tak kacau kalau aku tido.


macamnilah muka aku time tu. nampak tak keoriginalan muka aku. bukan cantik pun. mata merah sebab dah terlelap-lelap. muka dah start menternak jerawat. tapi baru anak-anak jerawat.

pic time sesi make up aku tak boleh letak. sebab aku dah tertido-tido sampai. sedap je rasa orang tengah main muka aku. rasa best. rasa time tu lebih kurang macam orang tengah korek telinga kita. rasa best nak tido je. ha macamtulah lebih kurang. gambar tu ada en hasben ambik kan tapi huduhhhhh sesangat. dia ambik tu just nak mengenakan aku tu. faham sangat dah point dia.

ermmm bila dah siap make up dan dia rasa puas hati last kenalah keluar jalan-jalan. nasib kolah ek. dapat bini yang kalau bab jalan-jalan no 1. sediakan duit aje.... itu yang penting...hehehe...yelah tak de duit nak jalan-jalan pun tak boleh baiiii...sape nak isi minyak kete, nak bayar duit makan, nak beli barang dapur, nak itu nak ini dan semua semualah..... semua tu pakai duit kan.

owhhh suka sangat muka dia lepas berjaya menconteng muka aku....takpe upahnya kena ada...hehehe sampai je tempat yang nak di tuju nanti akan habislah beberapa keping wang kamu....hehehe....apa yang nak dah ada dalam kepala...sebenarnya tak de apa yang habis pun. kami ni keluar just nak jumpa along (abang hasben) dia ajak lepak-lepak kat TC.


lepas balik dari jejalan ini pulak kerja en hasben. kena melayan sang isteri yang tak habis-habis mengada-ngada. ini dia yang nak sangat cuci rambut aku. sebab rambut aku di spray-spray untuk jadi keras tu. aku tak tau apa nama menatang tu. kira hari tersebut aku just redha je apa dia nak buat untuk improvekan skill dia. same-same tolong lah.

rase-rase korang kalau dah selalu kena dera macamni dah kira patutlah kan aku mintak bayaran. kerja jadi model macamni pun penat tau. (ayat malu nak request sendiri dengan en hasben ).

No comments: