I LOVE U

dulu kerja company komunis (menyeksa staff adalah objektif utama). time tu memang takde mood nak kerja. tapi takde choice kerja jugak kat situ. tapi alhamdulillah kejap je aku kerja situ. dapat better offer. kerja sekarang.

Tuhan Maha Adil.

sekarang kerja aku memang best. best sangat-sangat. ENJOYYYYYYY (keyword yang mampu aku bgtau) ....walaupun kadang-kadang tension tahap gaban. tension dengan 2 benda je. 1 dengan system yang meragam. sebab tengah upgrade maka jadinya semua orang jadi tak faham. termasuk aku. semua jadi blur. tapi tak lama lagi kerja akan jadi lebih mudah dari biasa.

-bawah meja pun ada fail-

yang kedua melayan kerenah student-student yang macam-macam. ada yang best dan ada yang tak best. tapi best ke tak best ke aku kena hadap jugak. dah namanya kerjakan.

dengan ofismate memang takde masalah. semua best dan 1 kepala. kepala dorang macam kepala aku dan kepala aku pun dah macam kepala dorang. cuma rupa dan saiz berbeza-beza.

dengan bos lagilah best. kadang-kadang rase macam 'dia ni bos ke apa?'. hah dah macam tu sekali kebestannya. sebab dia terlalu memahami staff-staffnya. :p (bukan ayat bodek).

ada time sampai aku rasa tension dan tak boleh buat kerja time tu. kalau buat pun mesti output dia akan failed. jadi aku akan take time to rest. cara rest aku adalah tidoooo. tido kat suraulah kat mana lagi. kalau simptom tu datang kul 3 maka kul 3lah aku g tido. padahal baru je habis lunch hour. tapi tido tak lame. kalau dah rase simptom tu hilang aku akan teruskan kerja. bos aku memahami.

kalau tak tido aku akan keluar. keluarlah mane-mane aku suka. nak g klinik gigi ke. nak g mall ke. nak g makan lagi sekali ke walaupun tadi dah makan time lunch. tapi akan ku bilang lama mana aku nak keluar. mintak permission tu penting. bos aku tak marah. dia izinkan kalau dirasakan itu perlu.

-document bawah keyboard adalah kerja yang belum siap-

kalau 2 2 itu aku tak buat aku akan on tv dan menontonlah cite-cite apa yang ditayangkan time tu. mengadap jelah sampai bosan. tempat korang ada tv tak? bos aku pun tak marah. kalau kena time dia akan join sekali. hehehehe

tapi benda ni takdelah selalu jadi. kadang-kadang je. aku rasa keadaan ni memang payah nak dapat kat tempat lain. satu je aku pegang walaupun dapat semua benda yang super duper GOOD. 'KALAU KERJA SIAP DAN UP TO DATE SEMUA BENDA AKAN JADI BAIK'. kita tak susah dan orang lain pun tak susah.

KALAU ANDA SENYUM DAN PASTI SAYA SENYUM SEKALI :p

akhir kata ' I LOVE MY JOB SOOOOOO MUCH'........ walau dalam apa keadaan.



No comments: