dari wedding planner ke fisherman pulak

petang ahad lepas lepak-lepak tepi pantai.

alahai hasbenku. semua benda ko nak buat. dari wedding planner ke nelayan pulak sekarang ni.

hasben nak memukat ke apa ntah kat pantai (tak tau name pekerjaan yang dia buat tu). dengan kawan dia. pekerjaannya guna jaring-jaring yang lepas kat dalam laut. tapi bukan laut dalam. kira paras-paras dada je. sorang pegang sini dan sorang pegang sane. pastu tarik ke pantai.....ha lebih kurang macamtulah rasanya. kekdahnya aiii followwwwwww......(baca ikut intonasi SY dalam sinar fm) je. kalau salah tolonglah betulkan ek.

-ku tahu kakiku tak secantik kakimu-

sambil-sambil tu bolehlah nak rase tenang kejap. tenang tengok laut.

-rambut dah sama macam dawai halus-

niat dihati nak tunggu sampai hasben naik ke pantai nak tengok hasil tangkapan. (ayat dah macam hasben kita betul-betul nelayan). angin laut kuat sangat sampai badan dah rasa nak melayang bagai layang-layang terbang melayang.....(lagu dulu-dulu tapi tak tau tajuk apa).

tapi bila dah kuat sangat angin dan tak larat nak lawan tahan-tahan badan, aii pun blah je. maybe nak hujan kot . masuk lori (pergi pantai dgn lori) kunci pintu dan tido. nampak sangat tak boleh nak bersabar tunggu lelama canggini.

sedar-sedar dorang ketuk-ketuk pintu. nampaklah hasil-hasil tangkapan nelayan 2 orang ni. boleh tahan. ikan pari pun ada jugak.

-kenapalah ko kecik wahai hasben-

balik je apa lagi. ikan pari tadi dibakar dan cicah air asam. nyum nyum nyum..... apa lagi berganda-gandalah tambah nasi nelayan-nelayan tadi. penat katanya ditolak ombak laut.

dah namanya bidang terjun kena ombak sikit sakit-sakitlah badan depa. manja sungguh badan kamu. haissshhhh....dengan ai takde pulak nak manje-manje..... motipppp.....


No comments: