pre 1st annivermonth

malam ni merupakan 1st annivermonth (ade ke?) aku sah menjadi isteri kepada en hasben untuk tempoh sebulan. bukan setahun .

agak-agaknya boleh tak aku nak mintak hadiah dengan dia.

tapi kalau mintak dia nak bagi ke???

kalau merengek lebih-lebih sikit dia bagi kot.

korang doa-doakanlah dia bermurah hati nak bagi aku hadiah ek....

jangan bagi hadiah yang tak munasabah sudahlah...

walaupun hanya roti

cite dah basi tapi tetap nak cite jugak.

sebab ini juga salah satu memori indah dalam hidup aku setelah menjadi seorang isteri.

kejadian 2 minggu lepas. setelah 2 minggu selamat menjadi isteri kepada Fazry Erwan Kamarudin. aku kerja macam biasalah pukul 9 am memang dah mengadap pc. tapi dalam pukul 10 am dapat urgent sms dari en hasben mintak turun bawah sebab dia datang ke ofis aku.

memang tak tau atas sebab apa dia datang. selalunya aku keluar rumah dia masih di rumah. samada tidur or buat kerja-kerja dia.


dia hantar benda ini rupanya.

agak-agak apa ada di dalam itu.


sandwich sardin dan jem campur planta.

air teh o pun ada

terharu beb dapat breakfast buatan suami sendiri. siap hantar ke ofis lagi tu. mana mau cari orang nak buat suprise suprise macamni pagi-pagi buta. kalau malam-malam buta tu aku fahamlah....gulpppp....


p/s: terharu sebab belum pernah dapat benda yang suprise macamni dari orang tersayang.



rindu saat ini


minggu pertama jadi wife. ini cara en hasben aku time mula-mula nak bawa aku balik rumah dia untuk selama-lamanya kot. kenapa ada kot??? entah...... masa ni aku rasa macam jarak rumah family aku dengan rumah dia jauh sangat. biasalah sebab aku kesiankan opah kesayangan aku ni. kalau aku dah ikut en hasben bermakna opah tinggal sorang-sorang lah kat rumah. tak de sape yang boleh tengok-tengokkan dia. tiada sape yang boleh temankan dia. biasalah keadaan orang tuakan selalunya tak berapa sihat.

tapi setelah perbincangan di buat aku ikut en hasben jugak. biasalah nak jadi isteri solehah katakan...jadi kalau aku rasa nak balik rumah opah aku akan balik. takde masalah tentang itu. jadi sebelum bawa balik en hasben dengan rela hati nak buat makan-makan dan yang paling bermakna dia yang nak masak. tugas aku biasalah jadi pembantu di dapur saja hari itu.

aku tau dia buat semua ni sebab nak neutralkan perasaan aku time tu. sebab aku dah mula macam tik tik tik air mata keluar macam atap rumah bocor time hujan. sedih woooooo.......

inilah yang dia masak.


kicap tu memang dia tak boleh tinggal. jadi kalau nak makan luar kena awal-awal cari kicap.




makanan yang dia masak boleh tahanlah. inilah untung dapat suami yang tak berkira pasal hal-hal yang itu kerja perempuan yang ini kerja lelaki. aku memang tak berkenan kalau macamtu. sebab semua kerja masing-masing boleh buat. yang penting bertolak ansur dan jangan ada sifat malu nak buat kerja-kerja rumah ni. rumahtangga kita so kitalah yang kena jaga. ok tak nak terus bersyarah lagi. korang layan gambar je ek.

inilah muka orang berdahi seluas padang golf. tengoklah tang dahi tu. siap berkilat lagi. happyla tuh nak bawak ai balik rumah u.


p/s: agak-agak minggu ni dapat tak berkumpul ramai-ramai macamni???? so sad...

kenapa dan bagaimana?

atas sebab apa jadi macam tu?

kenapa boleh jadi macam tu?

bagaimana benda tu boleh berlaku?

kenapa dan bagaimana?

banyak betul persoalan kan?

korang pernah putus cinta tak? pastu bila dah ada pengganti tiba-tiba yang lama datang menjelma. tipulah kalau tak de rasa apa-apakan? kecualilah korang break off dulu atas kesilapan yang berat dan payah untuk di maafkan. tapi ni break off sebab keegoan masing-masing je.

kalau ternampak depan mata macamne ek perasaan korang masa tu? happy / sedih / takut / atau apa? pastu bertentang mata pulak. nak senyum ke nak buat tak tau je ke ataupun nak buat buat macam lupa pulak yang itu adalah ex kita. jadi bila bertentang mata tu seolah-olah bertentang mata dengan orang yang kita tak pernah kenal jelah.

iyelah kalau terover nanti takut cinta bertaut kembali pulak. teman yang sekarang ni nak campak ke mana???? kalau belum ada apa-apa ikatan kira oklah kalau cinta tu bertaut kembali. tapi kalau dah ada tanggungjawab macam dah bertunang ke dah berkahwin ke hah macamne cara nak mengatasi masalah macamni?

iyelah niat memang nak lupakan hal-hal lama tu. tapi kalau dah banyak kali terserempak or si dia start calling-calling or sms semula mau parah jadi pada hubungan sekarang.

ini bukan masalah aku tau. saja je nak tanya pendapat korang.

boleh share tak cara korang atasi masalah yang lebih kurang macamni....




model tayang buntuit


ENTRY KHAS UNTUK KANAK-KANAK REBINA.....

di sebabkan muka ai babyface keterlaluan (ayat nak riak aje) dan memang tersasar jauh dari umur sebenar maka ai nak tunjukkan perangai ai yang sengaja di buat-buat sebab ai pun ramai adik yang masih kecil-kecil. jadi matlamat , perangai kena same ala-ala dengan dorang.


di mulakan dengan penayangan buntuit kami yang tak seberapa ini. eh nampak ai macam sebayalah dengan dorang. kita sebaya ke emma, farina??? sebayakan??? ooo tak sebaya ek??

sebab cuaca sejuk sampai menggigil-gigil hingga kancing gigi. ye benar aku tipu..... sejuk jugak dari biasa maka kena pakai pelindung macamni ala-ala obersea. biasalah tak lamakan ai nak goda laki ai sampai dia bawak ai g obersea....doa-doakan aku berjaya ek.


bila dah nampak camera automatik perangai menjadi-jadi seperti kanak-kanak tak habis sekolah. tapi bukan aku ek. bukan aku. tu hah budak yang tengah-tengah tu. aku tak kot. ai normal....heheheh

macamnilah gaya kalau dah terjoin dengan adik-adik ipar yang sporting bangat ni. dorang terkangkang aku pun nak terkangkang sekali. tak padan dengan tua.....isssshhhhhhh.... kata mak akulah. aku tak kan kata macamtu.

sebab aku sentiasa rasa mudaremaja jee...entah bila tah nak rasa tua.....

Kota Genting Kota Keriangan

ini kali ke 3 aku jejak Genting Highlands.

1st teman Cik Nda dating dengan abang Amin. (hahahah pecah rahsia).

2nd just nak rasa naik skyway. pastu balik. sanggup ko.

3rd yang inilah. with FIL.

ini adalah family day with FIL. kakak ipar (wife along) bawak family dia juga. aku tak bawa sape-sape. sebab aku kan sengkek. mane ada duit nak sponsor-sponsor semua. belum ada rezeki. jadi aku bawak diri sendiri ajooooooo. tapi kalau sape-sape nak sponsor aku g jalan-jalan aku on je. (tapi kena tanya en hasben dulu).


bertolak dari rumah pukul 3.30 pagi. en hasben memang kaki pendera. dera ai supaya jangan tido sebab tunggu dia habis kerja. nasib dah jadi suami kalau tak memang nak merajuk sampai empatpuluhempat juta tahun.


sampai genting pukul 5.25 pagi. aissshhhh aku tak boleh sabar. kesabaran hilang je tengok sikap en hasben. dia main tarik-tarik tau dalam sejuk-sejuk berkabus tu. dah tau ai alergik kat sejuk-sejuk ni lagi sukalah dia nak main. main sampai buat ai marah. dia nak aku keluar dari kete. tak bagi aku tido. semata-mata nak tengok kabus. geram geram geram.


kami satu family stay kat Awana. aku dan hasben duduk satu apartment dengan FIL. along je tak same bilik. mertua along pulak stay kat apartment lain. sebab kat Awana penuh.

sejak kawin ni aku try untuk kurangkan gedik ketika bergambar. konon nak bagi adik-adik ipar ni pulak laluan bergedik sakan. tapi rasenya macam kurang berjaya....:P

gambar aku yang dah berhasben haruslah ada sebab ini adalah wajib. (hukum yang direka sendiri).



inilah my new family. tapi ni sekali dengan mertua along. ini jelah gambar beramai-ramai yang ada. ni mula nak salahkan along. sebab malam tu kami semua pakai baju hijau. kira kalau ambik gambar memang cantiklah sebab sedondon. tapi dia sibuk ambik gambo orang lain. kena salahkan dia jugak sebab dia sorang je yang ada camera besor-besor tu. camera kami camera kecik. amik ramai-ramai takut tak muat. ermmmm tetiba:) ini alasan boleh terima tak?

kat sane memang enjoy giler. sebab ramai kan. jadi keadaan huru hara selalu. tapi apa pun memang best. harap-harap ade lagi activiti macamni. yang paling best kalau di sponsor. hehehehe.....




I LOVE U

dulu kerja company komunis (menyeksa staff adalah objektif utama). time tu memang takde mood nak kerja. tapi takde choice kerja jugak kat situ. tapi alhamdulillah kejap je aku kerja situ. dapat better offer. kerja sekarang.

Tuhan Maha Adil.

sekarang kerja aku memang best. best sangat-sangat. ENJOYYYYYYY (keyword yang mampu aku bgtau) ....walaupun kadang-kadang tension tahap gaban. tension dengan 2 benda je. 1 dengan system yang meragam. sebab tengah upgrade maka jadinya semua orang jadi tak faham. termasuk aku. semua jadi blur. tapi tak lama lagi kerja akan jadi lebih mudah dari biasa.

-bawah meja pun ada fail-

yang kedua melayan kerenah student-student yang macam-macam. ada yang best dan ada yang tak best. tapi best ke tak best ke aku kena hadap jugak. dah namanya kerjakan.

dengan ofismate memang takde masalah. semua best dan 1 kepala. kepala dorang macam kepala aku dan kepala aku pun dah macam kepala dorang. cuma rupa dan saiz berbeza-beza.

dengan bos lagilah best. kadang-kadang rase macam 'dia ni bos ke apa?'. hah dah macam tu sekali kebestannya. sebab dia terlalu memahami staff-staffnya. :p (bukan ayat bodek).

ada time sampai aku rasa tension dan tak boleh buat kerja time tu. kalau buat pun mesti output dia akan failed. jadi aku akan take time to rest. cara rest aku adalah tidoooo. tido kat suraulah kat mana lagi. kalau simptom tu datang kul 3 maka kul 3lah aku g tido. padahal baru je habis lunch hour. tapi tido tak lame. kalau dah rase simptom tu hilang aku akan teruskan kerja. bos aku memahami.

kalau tak tido aku akan keluar. keluarlah mane-mane aku suka. nak g klinik gigi ke. nak g mall ke. nak g makan lagi sekali ke walaupun tadi dah makan time lunch. tapi akan ku bilang lama mana aku nak keluar. mintak permission tu penting. bos aku tak marah. dia izinkan kalau dirasakan itu perlu.

-document bawah keyboard adalah kerja yang belum siap-

kalau 2 2 itu aku tak buat aku akan on tv dan menontonlah cite-cite apa yang ditayangkan time tu. mengadap jelah sampai bosan. tempat korang ada tv tak? bos aku pun tak marah. kalau kena time dia akan join sekali. hehehehe

tapi benda ni takdelah selalu jadi. kadang-kadang je. aku rasa keadaan ni memang payah nak dapat kat tempat lain. satu je aku pegang walaupun dapat semua benda yang super duper GOOD. 'KALAU KERJA SIAP DAN UP TO DATE SEMUA BENDA AKAN JADI BAIK'. kita tak susah dan orang lain pun tak susah.

KALAU ANDA SENYUM DAN PASTI SAYA SENYUM SEKALI :p

akhir kata ' I LOVE MY JOB SOOOOOO MUCH'........ walau dalam apa keadaan.



terasa tua dengan dorang


bersiaran dari Awana Hotel & Resort Genting Highlands.

memanglah Genting Highlands je sape-sape pun boleh pergi.macam tak heran jekan. tapi yang penting ini event FIL aku. so aku mesti join.

bila dah berkumpul dengan adik beradik hasben aku tetiba aku terasa tua. adakah aku tua??? aku tak rasa pun aku macam tua.

tapi bila dikenang-kenang aku memang tua. tua dari dorang. kenapalah aku tua dari kamu semua?? kenapa? kenapa? kenapa? tetiba tertanya.

sebenarnya takde apa masalah pun. relaks relaks sudah....janji happy.

sebab muka aku ni memang babyface so aku tak heran sangat. ayat versi riak menjelma.

tapi realiti aku adalah yang tertua dari semua adik beradik hasben aku. kira abang ipar aku dan wife dia pun muda dari aku.




dari wedding planner ke fisherman pulak

petang ahad lepas lepak-lepak tepi pantai.

alahai hasbenku. semua benda ko nak buat. dari wedding planner ke nelayan pulak sekarang ni.

hasben nak memukat ke apa ntah kat pantai (tak tau name pekerjaan yang dia buat tu). dengan kawan dia. pekerjaannya guna jaring-jaring yang lepas kat dalam laut. tapi bukan laut dalam. kira paras-paras dada je. sorang pegang sini dan sorang pegang sane. pastu tarik ke pantai.....ha lebih kurang macamtulah rasanya. kekdahnya aiii followwwwwww......(baca ikut intonasi SY dalam sinar fm) je. kalau salah tolonglah betulkan ek.

-ku tahu kakiku tak secantik kakimu-

sambil-sambil tu bolehlah nak rase tenang kejap. tenang tengok laut.

-rambut dah sama macam dawai halus-

niat dihati nak tunggu sampai hasben naik ke pantai nak tengok hasil tangkapan. (ayat dah macam hasben kita betul-betul nelayan). angin laut kuat sangat sampai badan dah rasa nak melayang bagai layang-layang terbang melayang.....(lagu dulu-dulu tapi tak tau tajuk apa).

tapi bila dah kuat sangat angin dan tak larat nak lawan tahan-tahan badan, aii pun blah je. maybe nak hujan kot . masuk lori (pergi pantai dgn lori) kunci pintu dan tido. nampak sangat tak boleh nak bersabar tunggu lelama canggini.

sedar-sedar dorang ketuk-ketuk pintu. nampaklah hasil-hasil tangkapan nelayan 2 orang ni. boleh tahan. ikan pari pun ada jugak.

-kenapalah ko kecik wahai hasben-

balik je apa lagi. ikan pari tadi dibakar dan cicah air asam. nyum nyum nyum..... apa lagi berganda-gandalah tambah nasi nelayan-nelayan tadi. penat katanya ditolak ombak laut.

dah namanya bidang terjun kena ombak sikit sakit-sakitlah badan depa. manja sungguh badan kamu. haissshhhh....dengan ai takde pulak nak manje-manje..... motipppp.....


suka tapi tak pandai


aku memang suka bab-bab menjahit ni. sampai sanggup ambil cuti or ponteng kerja semata-mata nak pergi kelas menjahit. itupun sebab kelas menjahit tu buat hari orang bekerja. nak tak nak kena korbankan cuti. ini kelas yang murahlah yang under kementerian penbangunan wanita. kalau kelas yang biasa-biasa orang buat tu mahal. aku dah usha 16 jam RM500. so memang tak mampu. ai sedar diri ai ni kurang mampu.

jahit baju kurung aku dah boleh jahit. cuma bab manik-manik baju je aku belum cuba untuk belajar walaupun minat. seruan untuk belajar menjahit manik belum dapat.

maka kejadiannya jadilah sebegini.

kesian tu memanglah kesian sebab dia banyak kerja nak buat. siang melatih budak-budak kat laut. malam-malam pulak prepare baju untuk bakal-bakal pengantin. aku segan nak tolong jahitkan sebab baju pengantinkan mahal. takut tersalah jahit or gam haaaa mau dia buat muka kat aku nanti. jadi tolong ambil gambar sudahlah.

ada jugak hasben suruh jahitkan. aku jawab tak pandai. last-last dia selamba jawab ' kalau malas cakap jelah'.

tak sangka ai dia seorang yang memahami.



kalau dah macamni kenalah ada bayaran

entry dah basi tapi baru nak keluar hari ini. biasalah busy sekarang. :)

inilah aktiviti aku dan hasben bila dia tengok aku tak de buat apa-apa. asyik dengki je tengok wife dia relax-relax. time aku nak manjakan diri sendiri dengan aktiviti terbaik aku time bujang dulu dengan guling golek-golek atas katil menantikan mata nak terkatup untuk tido mulalah hasben kecik aku ni datanglah mengacau. memang geram menguasai jiwalah time tu. tapi sebab dah jadi hasben sendiri aku pendamkan aje. taknak jadi isteri derhaka pulak nanti....heheheh. kan mencuba itu lebih baik....betul tak?

time nak request tu aku memang tak boleh blah nak tengok muka dia. tersengih-sengih macam apa lagi. ingatkan nak apa lah kan time-time siang hari cerah terang benderang kan. rupa-rupanya cuma nak aku jadi model dia. aku dah cuak dah sebab ingat nak jadikan aku model baju pengantin dia time tengahari camni. rupa-rupanya ini ayat dia:

dia: errrrmmmm nak pinjam boleh tak?
aku: pinjam apa?
dia: ermmmm kalau cakap jangan marah ek?
aku: yelah apa dia . duit ke?
dia: bukan, nak pinjam muka je....boleh tak?


gulppp!!!! muka pun boleh pinjam ek??? ooo rupa-rupanya dia nak menyonteng muka aku. nak belajo make up katanya. takpelah dah cabang kerja dia dah macamtu. janji niat dia tak terpesong. tapi sebelum ni dia belum pernah make up sesiapa. sebab dia tak yakin. tapi sekarang dia dah lain kot. ha lantaklah. janji tak kacau kalau aku tido.


macamnilah muka aku time tu. nampak tak keoriginalan muka aku. bukan cantik pun. mata merah sebab dah terlelap-lelap. muka dah start menternak jerawat. tapi baru anak-anak jerawat.

pic time sesi make up aku tak boleh letak. sebab aku dah tertido-tido sampai. sedap je rasa orang tengah main muka aku. rasa best. rasa time tu lebih kurang macam orang tengah korek telinga kita. rasa best nak tido je. ha macamtulah lebih kurang. gambar tu ada en hasben ambik kan tapi huduhhhhh sesangat. dia ambik tu just nak mengenakan aku tu. faham sangat dah point dia.

ermmm bila dah siap make up dan dia rasa puas hati last kenalah keluar jalan-jalan. nasib kolah ek. dapat bini yang kalau bab jalan-jalan no 1. sediakan duit aje.... itu yang penting...hehehe...yelah tak de duit nak jalan-jalan pun tak boleh baiiii...sape nak isi minyak kete, nak bayar duit makan, nak beli barang dapur, nak itu nak ini dan semua semualah..... semua tu pakai duit kan.

owhhh suka sangat muka dia lepas berjaya menconteng muka aku....takpe upahnya kena ada...hehehe sampai je tempat yang nak di tuju nanti akan habislah beberapa keping wang kamu....hehehe....apa yang nak dah ada dalam kepala...sebenarnya tak de apa yang habis pun. kami ni keluar just nak jumpa along (abang hasben) dia ajak lepak-lepak kat TC.


lepas balik dari jejalan ini pulak kerja en hasben. kena melayan sang isteri yang tak habis-habis mengada-ngada. ini dia yang nak sangat cuci rambut aku. sebab rambut aku di spray-spray untuk jadi keras tu. aku tak tau apa nama menatang tu. kira hari tersebut aku just redha je apa dia nak buat untuk improvekan skill dia. same-same tolong lah.

rase-rase korang kalau dah selalu kena dera macamni dah kira patutlah kan aku mintak bayaran. kerja jadi model macamni pun penat tau. (ayat malu nak request sendiri dengan en hasben ).

sampai bila

sekarang aku dah tinggal berasingan dengan my lovely family. (silew baca dengan nada sedih sesangat).

ikut en hasben lah tinggal kat rumah dia.

kira oklah tinggal berasingan ini. sebab boleh belajar berdikari sikitlah. (padahal aku habis je sekolah memang dah hidup berdikari selepas ma dan abah divorce ). cuma rasa sunyi jelah. sebab aku kan dah biasa hidup dalam 1 rumah tu ada lebih 5 orang. kira meriah selalu.

cuma yang tak best kehidupan aku sekarang ni adalah aku rasa hidup aku tak sempurna gitu. hahaha tetiba kasi korang terfikir apakah itu???? ini bukan masalah rumahtangga......harap maaf....

masalahnya adalah kat rumah ni takde sumber-sumber yang boleh aku dapatkan internet. kesian kan??? aku ada P1 dan celcom broadband dari aku tak kawin lagi. tapi P1 tu takde coverage pulak kat area rumah kami. celcom broadband pulak aku dah cuba install empatratusempatpuluhempat kali kat laptop en hasben tapi failed.

aisyyyyyhhhhh sampai bila aku kena hidup tanpa internet ni. tiada yang lebih sempurna selain internet dalam hidupku. eceh eceh eceh.....

nasib kat ofis ada......terubat sikit....


makin menjadi-jadi sekarang yek...


sekarang aku dah mula jadi peramah. kenapa sebelum ni ko pendiam ke??? tanya si enon. maybe agak pendiam or over rajin. rajin itu adalah lakonan semata-mata.

di sebabkan kerajinan aku bertegur staff-staff kat ofis aku ni maka mereka juga membalas keperamahan aku ini. teruja aiii.:P. jadi kekdahnya menjadi sebegini. makan aje kerjanya. pantang orang pelawa cepat je aku angkat buntut ai dan membontoti dorang.

silew ambil perhatian sebelum tengok pic di bawah:

yang gedik-gedik tu masih available ye kawan-kawan.


mintak maap ye korang. aku tak pandai edit gambo. tapi nak jugak ngetest edit. inilah hasilnya. dah macam gambo kat surat khabar lame dah rupanya. kalau kira tahun ambik gambo mcmni korang yang ada dalam gambo ni kira dah tue lah gamoknya. selamat aku takde dalam gambo ni.

same jugak dengan gambo ini. tapi korang nampak cute. sajew nak ambik hati.


mane gambo tuan tanah??? nan adoooo....sebab sibuk nak ambil gambo. tapi tray yang dah licin dan sepah-sepah tu tuan tanah yang punya...tapi sepah-sepah pun takpe sebab ai dah ada orang yang punya....yang makan tak habis tu biasalah gadis-gadis cover malu nak makan over-over nanti apa pulak balak-balak hensem cakap. dari nak ngurat terus reject. betul tak kawan-kawan???

jadi kekdahnya tapau bawak balik jelah. pape pun aku suka kalau kuar makan dengan dorang ni.
akan wujud 2 group. 1 group dah kawin dan 1 lagi group single.

aku mestilah join group single. :P (saja nak buat-buat lupa status).



benda sedap kalau dalam gelap akan bertambah sedapnya

hah tengok tajuk macam sedikit lucah ye korang. hari jumaat pun keje nak menguningkan kepala otak orang ke????tapi agak-agak korang aku akan story ke cite-cite dalam kain ni. ish tak baik main tuduh-tuduh tau. ai bukan jenis yang suka benda-benda macamtu.

dugaan betul hidup aku sekarang. kelmarin kat rumah air takde. segala isi perut yang aku nak buang kena hold dulu. semalam elektrik pulak takde. agak-agak korang kalau orang baru kawin macam aku ni apa nak buat ek time rumah gelap gelita itu....kalau pandai tekalah....errrrmm bukan orang baru kawin je orang yang dah lame kawin pun akan buat benda yang same kot. cuma dorang kena kasi anak-anak tido dululah.

jeng jeng jeng.......

nampak sangat korang ni otak kuning. aku tak buat apa-apa kecuali menahan bahang kepanasan dalam rumah. elektrik terputus betul-betul aku dan en husben tengah makan.

pic ni di ambil tanpa flash. nampak tak lauk apa yang kitaorang makan. sesi menjamu selera tergendala seketika sebab kena cari lilin. barulah original candle light dinner kalau macamni. hah korang adooooo....aku adooooo.....

yang bawah ni still belum ada elektrik tapi di ambil dengan menggunakan flash. nampak tak apa yang aku nampak. ok meh nak story apa yang aku nampak. ikan bakar tu je yang aku masak. yang lain-lain adalah air tangan en hasben. bahagia kan hidup kalau hari-hari dia yang masak. dan aku akan pastikan dia pun bahagia sebab hari-hari aku akan makan apa saja yang dia masak...hehehe mau kena pulau kalau aku buat sikap macamni.


pinggan yang licin tu adalah pinggan aku. gelap-gelap pun aku terus makan je. yang sibuk cari lilin adalah en hasben. aku terus melantak je risau kalau bangun selera hilang. nampak sangat ini hanya alasan aku. bukan tak nak bantu dia cari lilin tapi sebab makan dalam gelap adalah lebih nikmat kesedapan kerana dia tak nampak aku makan banyak. lauk pun dia tak nampak aku ambik lebih.(dia tak bagi aku makan lebih sebab takut aku korbankan duit dia ke slim world).



hidup bagai ironwomen

tak bagitau pun takpe sebenarnya.

saja nak kepochi kat korang.

malam semalam aku rajin tahap gaban lepas kahwin ni. hari-hari biasa rajin jugak tapi tak over macam semalam. pujian untuk diri sendiri .

tarasa diri seperti ironwomen.

balik kerja ikut en hasben shopping barang business. makan malam. jumpa customer sambil makan lagi. pergi kedai kain beli barang business lagi dan jumpa customer lagi. adoiii penatnya .pastu balik sendiri-sendiri dengan kenderaan masing-masing. sampai rumah pukul 11.20 pm.

aku sampai dulu sebab aku power....takdelah...dia masih discuss dengan customer time aku balik. ingat nak tido terus tapi dah mandi dan solat semua badan terasa segar bugar.

owh terasa nak kemas bilik.

-yang asal macamni. bunga tu sesaja nak letak-

last-last jadi macamni-

elemen purple tu kena ada ye korang.... barulah aku lena tido tanpa ingat apa-apa lagi. yang diingat cuma ZZZzzzzzzzzzzzz......itulah blanket dan selimut yang moyang aku bagi.

pastu basuh baju pulak sambil kemas rumah. ok siap boleh tido. baru nak masuk bilik dia pulak balik mintak temankan dia update gambar business. temanlah sampai pukul 2.30 am. last-last tertido kat situ jugak depan tv.

boleh rasa tak betapa penatnya badan aku semalam. kalau hari-hari macamni aku nak mintak gaji dengan dia. tak kira kena mintak jugak.....:p

seronok jugak kalau merajuk menjadi

hal rumahtangga tak boleh cite kan??? takpelah nak cite jugak...sebab yang ni cite bahagia...

sebab bantal busyukkkk dia aku merajuk. yelah bilik kami berekon. aku pulak memang sensitip sangat-sangat kalau bab sejuk-sejuk ni. nanti alah badan aku akan membengak dan gatal-gatal. jadi malam-malam tido on ekon tahap paling minima.

tabiat en husband ni pulak yang aku baru tau sejak kena tido dengan dia ni adalah dia tak boleh tido tanpa bantal busyukkkkkkk dia tuh. bantal yang ada bau-bauan yang dia kata beshhhhh sangat baunya pastu boleh paksa-paksa suruh aku bau bantal dia untuk tido yang lena. boleh gitu??? :(. macam ghau ghau bau dia bak kata shamsul ghau ghau...... eeeeeeeiiii bagi aku memeningkan kepala lagi adooooo....

aku request dengan dia kalau nak tido dengan aku jangan ada bantal tu sampai aku tido. pening dooooo....last-last dia boleh kecik hati dengan permintaan aku tu dan dia bawa bantal kesayangan dia tu dan tido kat luar sampai pagi. betapa sayangnya dia kat bantal tuh....aku dia tak berapa sayang kot.

memula mood aku elok. pagi-pagi bangun siap2 nak g kerja. buat air dan breakfast untuk dia dan keluar terus g kerja. aku tanya dia mana kunci pagar rumah. dia boleh buat ala-ala kayu mati kat depan sambil2 buat tak nampak aku lalu lalang cari kunci rumah. dalam hati: " ooooooo takpe layan ai macamni, ai redha"....ayat sedapkan hati....

balik kerja dia dah ada kat rumah....dalam hati rasa sejuk je sbb rasa macam dia tunggu aku balik....

masuk bilik letak beg dan terus g dapur nak masak nasi. air pulak takde. aku tanya dia" awk air takde ke?". dia buat dono je sampai sudah. ahhhhhh lantak kolah suamiku....taknak cakap sudah....lagi sekali hati dan kepala aku jadi batu...jangan salahkan ibu yang mengandung.

nak kencing nak berak nak mandi tahan jelah...lepaking dalam bilik sesorang sampai tertido. sedar-sedar dengar macam orang bertukang kat belakang. jadi aku bangun sebab waktu maghrib dah nak habis.

terkejut beb aku tengok kejadian ini. tak sangka dia boleh sakit hati sampai effect jadi macamni.

tapi buat-buat cool.....biasalah hati batu...

korang tau apa dia buat.....

dia mengamuk sorang-sorang kat dapur sebab geram kat aku....habis periuk kuali dia ketuk.
=
=
=

=

=

=

=

=

=

=

=

=
=

=
=
=

=

=

=

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

-inilah hasil amukan dia-

-rasa memang boleh tahan-


siap mandi dan solat isyak , dia jengah dalam bilik ajak aku makan. dalam hati berkata-kata ' rupanya suamiku tak bisu'. yelah dari pagi aku cakap dengan dia tapi langsung tak berbalas.

lauk-lauk yang dia masak kira oklah. cuma aku tanya pasal lauk ayam tu. 'awak kenapa ayam ni awak masak jadi macamni'. dia jawab ' ini namanya ayam masak beku' sebab saya masak time dia beku. ermmm tapi nak letak nama apa ek. ayam goreng sayur berkicap or sayur goreng kicap berayam. korang jelah yang letak nama.

yang ini wajib ada kalau takde dia buat-buat perangai taknak makan. mengada-mengada betul. nasib aku ni isteri solehah. cari jugak kat mana letaknya kicap ini. hilang sokmo.

habis makan aku pesan kat en husben. kalau macamni bolehlah saya merajuk sokmo. dia jawab ' kalau macamtu lepas ni awak pulak yang tido kat luar'.

gulp...

aik aku pulak yang kena....