susu tetek nyum nyum nyum


susu tetek dengan susu botol (susu lembu) yang mana pilihan kalbu....

kalau korang tanya aku memanglah aku jawab yang aku pilih susu lembu walaupun susu tetek *susu cap gantung lemak berkrim disukai ramai* tu banyak khasiatnya tak terkira....beribu riban lemon. ini kerana aku tak ingat mcmne rasanya susu tetek tu. ma aku susukan aku kejap je kot. cukup 2 tahun mesti kena pisahkan dengan teteknya. sbb kena bagi can kat adik-adik aku yang tiap-tiap tahun kuar seorang. nampak sangat aku ni anak yang tak cukup zat dan kasih sayang. sebab tu terbantut macamni. anak bersaiz paling kecil dalam 5 beradik. aku yang ke 2.

sebenarnya bukan nak cite kelazatan hingga menjilat jari antara susu tetek ataupun susu lembu. aku nak cite je pengalaman aku jaga adik2 aku yang 3 orang ni. best tau ada adik beradik ramai. nak-nak aku ada team sendiri xpayah susah-susah nak cr kwn kat luar buat geng. cukuplah geng dari adik beradik aku sendiri utk buat team. nak main, nak gaduh, nak nangis, kena pukul seme sama2. 4 beradik. yang bongsu xwujud lagi time ni.

adik beradik aku kan jarak setahun seorang je. so tiap2 tahun ma aku memang secara produktifnya akan mengeluarkan seorang zuriat *biasalah subur terlampau*. memang seronoklah dapat adik. jadi yang kakak ni terpaksa mengalah putus susu tetek awal sebab bg peluang kat adik nak bertetek pulak. bila nak putus tetek tu kenalah minum susu botol.

tau tak cara mcmna ma aku guna utk pisahkan kami adik beradik dengan teteknya. yelah kalau mak aku tak uasaha macamtu nak harapkan kami terpisah sendiri memang tak lah kan. benda sedap *sedap ke??*.mula2 ma aku sapukan keliling puting dgn hampas kopi or teh. jadi sbb aku dah terlampau cerdik time tu aku g kat tetek ma aku dan aku kesat guna baju ma aku ,kopi or teh tu pastu hisap balik.yum yum yum....pastu ma aku guna pula bawang merah leset-leset kat keliling puting.tapi xberjaya jugak sebab aku nampak ma aku tgh buat apa kat tetek dia. dan last sekalu ma aku letak bawang putih kat puting. bila hisap rase lain macam bak racun. bila dah hari2 kena aniaya dengan ma sendiri mcmtu memang berhentilah menyusu.cuma kadang2 je dapat sebab main ngelat. pantang adik tak menetek jap terus di sambar kakak. memang macamtulah yang berlaku dalam adik beradik aku ni. kalau di ingat memang best rrrrr. tapi tak lama lah sebab dah selalu di bagi minum susu botol. jadi lama2 lupa pulak kesedapan susu tetek tadi. susu botol pulak yang sedap.

lepas setahun macamtu ma aku akan buat cara yang sama kat puting botol tu. tapi jangan bagi kami nampaklah. pastu ma aku akan cakap puting susu tu dah tak sedap dan kami dah besar so tak payah hisap dah. bila dah sehari 3 4 kali sehari ma aku menyakat kami adik beradik macamtu maka tinggallah zaman nyonyot susu botol. minum susu dalam gelas sudah.


-budak besar macamni dah tak teringin nak nyonyot tetek or botol *pic adik aku menetek anaknya di larang publish umum*-

adik beradik aku alhamdulillah 4 tahun dah tak de bawak ke hulu ke hilir botol susu. memang dah boleh minum susu pakai gelas. memang ma aku ajar kami semua mcmtu. sebab ma aku kan kerja so payah kalau tak ajar kami macamtu. kalau di biarkan memang sampai umur 7 tahun pun nak guna botol. macam tak sesuai dah time macamtu aku rasa masih guna botol.

eh eh kenapa aku duduk story pasal susu tetek dan susu botol ni....oooo sebenarnya hari-hari aku tengok Arissa aku ni myonyot tetek ibu dia. so teringat zaman aku kecik-kecik dulu. terpaksa putus menetek ma aku tanpa rela.




No comments: