selamba badak mengaku dah bercerai padahal masih sebumbung

menyampah tak kalau orang yang memang terang-terang ko tau dia dah berbini dan beranak pinak pastu tetiba mengaku dah divorce.keji betul lah manusia macam ni.ni xboleh dah di namakan lelaki lebih elok di gelar jantan aje.sebab kalau binatang yang jantan-jantan tu dia memang xsetia kalau mengawan untuk ada keturunan dorg.main redah je janji sespesis dan yang utama sah-sahlah jantinanya betina...kita xboleh nak marah sbb kes ni memang dah terbukti benda tu binatang xde akal.ishhh aku marah betul kat jantan niiii...dr semalam aku panassss je dia boleh mengaku mcmtu....apalah perasaan wife dia kalau dia tau suami sendiri buat pengakuan macamtu.

aku emo ni bukan apa.semalam aku pegilah ke sebuah pasaraya kat rumah aku ni nak beli barang2 baby sikit.naik tangga ke tingkat 2 (almaklumlah xde exkalator) tu terserempaklah dgn sorg mamat W ni. dia ni dulu 1 sekolah dgn aku dan penahlah jd bf aku time sekolah rendah .darjah 5 xsilap aku. biasalah budak-budak time tu time pakai seluar katak lagi. apa kesah......g sekolah sama-sama balik sekolah pun sama-sama...lama2 orang ddk gosip aku dgn W ni berkapel....kitaorang iyakan aje sbb dah rapat sangat. tapi habis sekolah habislah hubungan aku dgn dia.rasanya lepas darjah 6 dia xsekolah kat area umah aku dah.dia dah pindah ke kelantan ddk dgn mak dia kat sana.sebelum ni dia tinggal dgn mak saudara dia.

jumpa time kat tangga , aku nak naik ke atas dan dia pulak nak turun.terkejut aku nampak dia.semakin gemuk aku rasa.sembang2 jap bertanya kabar.aku malas nak layan sgt pastu aku ckp aku nak naik atas.habis kat situ.dah siap beli2 barang aku turunlah nak cari barang kat bawah pulak.eh eh jumpa lagi. aku tanyalah mane anak2 dan wife dia. dengan selamba badak dia jawab dia dah bercerai dgn wife dia. WOI JANTAN PLEASELAH JANGAN NAK KELENTONG. MENTANG-MENTANG AKU CAKAP AKU XKAWIN LAGI KO SELAMBA JE MENGAKU MACAMTU....BANGANG PUNYA JANTAN.....GERRRRRRRAAAAMMMMMM.....kenapa ko ingat aku jatuh hati kat ko semula ke kalau ko ngaku mcmtu.sudahhhlah....

yang aku nak marah tu bukan apa.memang dia kelentong aku je tu.**confirm**raya hari tu aku g rumah mak saudara dia g tempah baju elok2 je dia ada dgn anak2 dan wife dia.mak saudara dia siap sembang2 dgn aku pasal dia lagi.maybe dia xperasaan kot sbb tgh cover line depan wife kan....pastu dalam raya ke 5 mcmtu lah aku nampak dia naik motor dgn anak2 dan wife dia dah nak balik ke rumah dia dr rumah mak saudara dia.pastu lepas dia mengaku mcmtu aku tanya pulak cousin dia yang penah sekelas dgn aku bahawa apa status dia sekarang, korang tau apa cousin dia jawab dia xpernah berceraiiii pun....Ya Allah sabar jelah aku dengan W ni.

tolongla weiii xkesian ke kat wife ko dan anak-anak ko tu....sedap2 je ko nak mengaku bujang kan....kalau ye pun ko nak ngorat aku semula aku xnak ambik hak orang ni...sbb bersepah lagi yang single kat luar sana....nak cari pasal buat apa?????



No comments: