keranamu ku korbankan jua....

ini en teman tersayang punya kerja.

semalam hantar fresh flowers ini kat rumah....nak tau pukul berapa dia hantar...waktu hantar memang terbaik seumur hidup aku ni aku rasa....pukul 3.15 pagi...di sebabkan sayang ku korbankan jua tidurku yang bertambah nyenyak di musim sejuk-sejuk ni.


-penuh ruang tamu di kerjain oleh beliau-

jadi dalam rumah kat ruang tamu dah jadi macam taman. patutnya di waktu-waktu sebegini dalam hatiku yang ada taman. tapi terbalik. dalam rumah pulak yang menjadi taman.

dia pesan time call "bangun cepat saya dah kat depan rumah awak nak hantar bunga. jangan banyak cakap tau sebab saya dah takde masa ni". pergggghhh ayat macam orang kena culik. bila tengok baru aku tau dia takut aku marah rupanya. ingatkan bunga sikit-sikit je.rupanya sebanyak ini.

tapi sekarang bila nak marah je tengok bunga-bunga ni masih segar tak layu lagi rasa sejuk sikit. biasalah makin dekat hari makin banyak tekanan kami berdua.

No comments: