gangguan siri ke 2

'budak' tu kan datang jadi guard kat ofis aku pagi2
lps dapat call dari ofismate aku terpaksalah check line dulu
takut xselamat
buat pusingan dulu area ofis aku
confirm mmg dia ada tercegat depan tangga ofis
aku mintak kawan aku turunkan aku jauh dari ofis
takut jadi lain pulak nnt


terpaksa terkedet-kedet jalan kaki ke ofis
dia nampak je aku, terus terkam pegang tangan aku dan merayu2 mintak maaf
please lah malu beb dia buat aku mcmtu
time tu depan bank dan restoran
bayangkanlah ramai mana org pagi2 mcmtu
org nakberurusan dengan bank
dan jugak orang nak breakfast


ko dah buat pasal
sendiri mau ingat
maaf, aku xleh terima sikap org macam
manusia xde akal
harap maklum


aku masih waras
xnak panjangkan keadaan
xnak malukan muka
xnak jadi pelakon murahan
org lalu lalang asyik tgk2 aku dgn dia
aku berkeras malas layan dia berlari masuk ofis
dan kunci pintu rapat2
dia call & sms aku mmg xlayan
lantak kaulah nak bertapa lama mana kat bawah tu


maybe dia dah masuk ofis dia
aman seketika
lunch hour dia start kacau lagi
call ofis, handphone n sms pulak
aku xnak layan
ofismate jd mangsa


xcukup dgn gangguan kat ofis
blog dan FB pulak dia terjah
kat blog aku ni dia terjah
semakkan chatbox aku
mula2 syg syg dia tulis
pastu no respon dr aku
pegi pulak blog adik aku
kat sini haru biru
chatbox dia kutuk habis habisan, aku,
adik beradik, sampai gambar2
dalam blog pun dia kutuk
yang pelik gambar kasut pun dia kutuk
belik kat PS lah, &eleven lah..... apalah
macam2lah dia sebat


pastu FB pulak dia dtg menyemak sbb semuanya xberjaya
letak gambar2 kenangan bersama
semasa tgh berkawan
ketika sedang memahami
semasa sedang mengenali
ramai yg komen aku dan dia sepadan
tapi apakan daya
org di luar xtau
dia xseperti yang mereka nampak
tak seperti yang mereka kenal


yang aku pasti aku mesti remove dia dari hidup aku
sebelum hidup aku porak peranda
sebelum nasib aku sama macam
teman-teman dia sebelum ni
cukuplah setakat ini
aku mengenali dia
mengenali hati budi dia
mengetahui kisah hidupnya


apa pun yang terjadi
aku bersyukur kepada tuhan
kerana berikan waktu dan peluang
untuk aku mengenali dirinya
walaupun ending aku dan dia
xsebaik yang di harapkan


sentiasa aku doakan untuk dia sekeluarga
agar di berikan kemudahan dan kelapangan
agar meringankan segala keberatan
meleraikan segala kekusutan
dalam menjalani kehidupan
bersama ibu tua tercinta.


sekarang mmg aku dah xde connection dgn dia
alhamdulillah aku dan dia mampu
jalani hidup macam biasa

No comments: