ke'excitedan' melampau

ramai yang dah tau kot adik aku iaitu aleenavril tu dah selamat melahirkan seorang puteri pada ahad lalu jam 2.40am di hospital selayang.jadi anak selangor.xdapat jadi anak kuantan.xpelah mana-mana je janji selamat.dan dengan rasminya aku pun telah mendapat anak saudara yang pertama.rasanya semua family members aku mmg over excited.

aku dari saat dia bgtau dia sakit pagi jumaat tu memang aku yang paling over risau.yelah sbb dia kat kl aku pulak kat kuantan.nasiblah kutex ada sekali dgn dia time tu.kalau tak xtaulah mcmne...ma aku lagilah over habis je meniaga pagi tu terus gerak ke kl tanpa ajak aku sekali.kat sini aku terkilan tetiba...dah nak masuk highway baru call aku bgtau dia dah gerak nak g kl...waaaaa aku kecik hati.......

xpelah aku menantikan latest info dari jauh je.....jadi semalam, isnin petang ma aku dah bawak dia balik sini.keterujaan melampau aku rasa balik je keje aku angkut semua sekali termasuk Opah, Cik Dah, Cik Nda dan anak2 dorg sekali pegi ke rumah ma aku....so gamatlah kami di sana.

geram je nengok anak aleen ni...putih dan sepet.dah memang keturunan aku kot sepet2 ni...semua orang cakap macamtu....



agak-agak korang esok2 kalau aku ada anak ada x seputih dan sesepet macam ni.agak-agak lagi comel x???emmm biasalah aku xnak kalah...nak lebih je, kurang xnak...nama xtau lagi...esok-esok dah ada nama aku inform la ek....

rezeki betul aku kat sini

rezeki ada di mana-mana.....itu biasa kita dengarkan....yang penting di mana ada kemahuan di situ ada jalan. nak nampak jalan tu kenalah berusaha kearah apa yang nak di capai tu.kalau setakat cakap je pung pang pung pang tapi tindakan tarak habuk pun kita xnampak.

sejak aku keje kat cni macam2 rezeki yang aku dapat.rezeki dpt bf baru, kete br, rumah br, antara rezeki yang paling best adalah bab makan.setiap hari mmg ada je hamba Allah yang baik hati dalam ofis aku ni bawak makanan lebih untuk makan beramai-ramai.biasanya untuk breakfastlah.aku pun kadang-kadang terpengaruh jugak.bagus kan kalau terpengaruh benda yang baik.nasiblah ma aku jual makanan pagi so senang je g beli dgn dia je.xpayah susah-susah nak cari tempat kat mana nak beli.

-dah tinggal separuh-

pagi ni kak nor pulak bawak muffin.ikut suka nak makan pagi ke petang ke malam ke.suka hati ko.janji habis.memang habis pun xsampai pukul 10 pagi pun lagi time tu.aku pun sempat ambik gambar time dah separuh.so apa lagi sapa mau ambik saja.


-ambik jangan xambik-

thanks utk kak nor sbb muffin ni dia yang buat dan bawa kat ofis utk kitorg makan.panas-panas lagi.thanks kak nor.mana nak cari ofismate mcm ofismate aku ni....kak mai pun sll bwk roti canai...

sama tapi tak serupa

A: 50 tahun
F: 19 tahun

A: berkulit cerah

F: berkulit gelap


A: tak tinggi tak rendah

F: antara yang tinggi dalam family


A: kalau speaking memang berhabuk

F: tak berapa pasti sbb bahasa perantaan aku dgn dia cuma bahasa melayu je

banyak lagi info-info pasal 2 orang family member aku ni.tapi memandangkan xsempat nak menaip pasal kena g visit my friend office so yang ni jelah yang aku tayang kat korang.

*pada tuan punya diri sila rasa glamour walaupun anda bukan wanted oleh sesiapa.


penerangan tentang gambar di bawah cuma aku ingin memperkenalkan

A: adalah abah kandung aku
F: adalah satu-satunya adik lelaki seibu sebapa yang aku ada

setelah di amati selama 9 bulan 10 hari (sebenarnya dah 6 tahun aku simpan gambar ni) wajah mereka banyak persamaan.macam sesuai kalau nak jadikan Fendi ini anak abah.perangai pun lebih kurang sama walaupun xserupa.

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


ma dan abah aku berpisah time fendi ni baru nak masuk 13 tahun.memang dia kurang faham lagi masalah apa yang menjadi punca kepada perpisahan ma dan abah aku pada masa tu.walaupun sekarang dia cakap dia tau segalanya apa yang berlaku.sebenarnya akulah satu-satunya yang melihat, mendengar dan mengamati apa yang menjadi punca utama perpisahan ini.setiap hari yang menyaksikan kejadian itu adalah aku.hanya ada sorang lagi hamba Allah yang ada bersama aku pada masa tersebut.tapi tidak perlulah aku menghebahkan apa yang berlaku antara ma dan abah.yang korg perlu tau mereka dah berpisah dan jodoh mereka tiada lagi.

apa yang aku tau walaupun mereka dah berpisah tapi hubungan aku adik beradik dengan ma dan abah xkan pernah putus.yang terputus hanya hubungan mereka berdua.merekalah ma dan abah kami.tanpa mereka siapa aku adik beradik.tanpa mereka tiadalah kami di dunia ini.

mungkin hikmah kejadian ini kami di anugerahkan ayah dan mak tiri yang baik dan sekepala.tiada kata yang mampu aku ungkapkan selain panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberikan aku ujian yang maha hebat ketika aku perlukan sokongan kedua-duanya untuk mengenali erti kehidupan.

hanya orang yang mengalami masalah yang sama dengan aku saja yang memahami apa yang aku rasa.berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.susah untuk menerima kenyataan yang ma dan abah dah xde hubungan.susah nak menerima kehadiran orang baru yang tiada kena mengena dalam hidup.tapi seperti peribahasa 'alah bisa tegal biasa'.sekarang segalanya kembali normal walau pada mulanya aku mmg tak boleh terima apa yang berlaku.

kepada yang di luar sana hargailah ibu dan ayah anda selagi mereka ada dan bersama.anda beruntung kerana ibu dan ayah anda masih tinggal sebumbung.nasib anda lebih baik dari aku adik beradik kerana keadaan lalu tak mungkin berulang.segalanya hanya tinggal kenangan samada yang sedih ataupun yang menggembirakan.

pernahkah tanya pada diri sendiri :

-kenapa perlu bersikap kasar dengan ibu bapa?
-kenapa perlu protes apa yang ibu bapa lakukan utk kita sdgkan itu adalah demi kebaikan kita di masa hadapan?
-kenapa perlu bergaduh dan bertikam lidah sesama sendiri sedangkan hanya mereka yang kita ada?
-kenapa perlu saling menyalahkan sedangkan yang akan membantu kita ketika susah hanyalah ibu bapa dan ahli keluarga?(cuba kenang kembali siapa yg bersama anda ketika anda jatuh tersungkur)
-kenapa asyik nak menang je dalam semua hal sedangkan segala masalah boleh di bawa berbincang?
-kenapa kita rasa kita saja yang betul sedangkan kita tau pendapat kita tu tidaklah sebetul mana?

banyak lagi pekara yang kalau di fikirkan boleh mengukur kenapa manusia ini tidak pernah bersyukur.kenapa manusia ini tidak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka ada.

jawapannya tanya pada diri sendiri.

kerana keegoan yang tinggi dalam diri
segala apa yang pasti di tidakkan oleh diri sendiri.



bermadu kasih di KL pula

setelah habis study kat johor aku sambung pulak ke kl.setelah bertahun-bertahun berkawan so kami decide to make serious relation.tarikhnya mmg aku xsimpan dalam kepala otak.segala susah senang kami harungi bersama.time aku kat kl dia dah keje dah.so macam couple lain jugak kalau each other ada apa2 mslah kami akan sama2 bantu untuk meringankan masalah tu.

habis je study nasib aku baik aku dapat offer job kat public mutual.pastu beberapa bulan keje, si Giant pulak dapat offer KPLI.tapi kampus dekat je kat Kajang.weekend kalau dia xde xtvt dan xbalik pontian dia akan kuar dgn aku.so masa nak bersama mmg terhad giler.time ni aku pulak bantu dia apa yg patut sbb dia dah jadi student balik.seronok je hidup time tu.walaupun keadaan xsesenang orang lain tapi terasa ada org care kat kita.

ramai orang yang xsuka aku couple dgn dia.xperlu nak bagi tau sape2.tapi memang ramai.siap orang cakap aku xde taste lagi.sbb pilih dia.tapi semua tu xmenggugat kasih sayang aku pada dia.biarlah orang nak cakap apa.mak dia bg hint kat aku pun aku tak layan inikan pulak orang sekeliling aku.

banyak yang kami harungi bersama.family aku mmg restui habis hubungan aku dan dia.memang xde masalah langsung.nak bawak balik kampung tiap2 bulan pun family aku xde hal punya....yg ni nampak sangat pembohongnya.bwk balik selalu sah2 kena nikah terus....

nah ni hahh korang tatap jelah gigi dia....sbb tang tu je yang jelas untuk di tonton.

inilah kete dia yang aku pakai selama aku xde kete lagi.

sape lagi kalau bukan aku enterprame dgn en Giant kat garaje kete


inilah rupa sebenar cik fifie dan jugak en Giant.apa dia????knp xletak real pic???xpelah aku bagi korang tengok kecantikan dan kehenseman kami secara dalaman je dulu.korang nak tengok ke rupa sebenar dia????xpayah lah kan......apa pun aku mmg hargai dia sbb dia sanggup bg aku pakai kete dia untuk memudahkan aku g keje.sbb time dia kat maktab mmg dia xbawak kete dia.dia just bawak motor....jimat katanya...lagipun kalau aku xpakai kete dia mmg ddk kat garaj kete umah aku jelah tanpa ada org usik2....jadi untuk mengelakkan kete tu rosak xguna dia bg aku pakai.....so aku pakai jelah....bukan aku yang ambik kesempatan ok...xcaya tanyalah dia....

alamak panjang lagi citenya tapi dah nak balik dah....


bersambung...


mengingatkan aku kepada keturunan jawa

keturunan jawa yang mana aku xtau.

nak cite pasal mee jawa sebenarnya.time aku sekolah dulu kalau ada kelas tambahan kira kelas petang aku jarang makan nasi.aku akan cari mee jawa jugak.kat sungai lembing dulu hanya ada 1 kedai je jual mee jawa.mee jawa dia memang terbaik dari ladang.anak-anak dia pun hensem-hensem.kira 2 in 1 lah kalau g makan kat situ.muka arabian gitu dorg ni.sambil2 makan sambil2 menjamu mata.baru ada selera.xsilap aku kedai makan tu namanya kedai makan warisah.

tapi time aku pegi kedai tu tutup.xpasti pulak mmg dah ttp ataupun time aku pegi tu je dia xbukak.pusing-pusing bandar sungai lembing adalah 1 kedai yang aku nampak mcm baru je.xsilap aku dulu kedai ni kedai hardware.so singgah nak test mee jawa dia.

aku dan en teman order benda yang sama.mee jawa dan sirap limau.1 jelah nak cakap mee jawa dia xsebest mee jawa warisah....rasa manis tu mcm lebih sikit...

manis manis pun habis jugak aku dan en teman makan.tapi macam xpuaslah.sebab xdapat makan yang terbaikkkkk punya mee jawa kat sungai lembing....


kolam air panas yang hot



dah namanya kolam air panas memanglah hot...niat di hati mula-mula memang nak g kolam air panas.al-maklumlah aku xpenah tengok,xpenah rasa dan xpenah pegi mana-mana kolam air panas yang ada kat dunia ni....amboi ke dunia terus padahal Malaysia pun aku xhabis pusing lagi...xnak kalah ko nyahhhhh....

jalan punya jalan xjugak sampai-sampai.bontot dah kematu dan rasa sengal-sengal ddk dalam lori.yang aku nampak ada pusat ternak rusa sebelum sampai ke kolam air panas.tapi xpegi jenguk pun sbb hati meronta-ronta nak g kolam air panas.last-last aku rasa terlalu jauh dan masa mcm xmengizinkan jadi aku request patah balik.xmo lah g kolam air panas sambil mata berkelip-kelip laju2 kat driver lori tu sambil sengeh-sengeh bak kerang busuk.yesss.....dia setuju patah balik.....

suasana sepanjang perjalanan nak ke kolam air panas sungai mas memang cantik menambat hati pada sesape yang sukakan keindahan alam semulajadi.inilah 1st time aku terjahkawasan nie.

macamnilah jalannya.terhuyung hayang aku naik lori lalu kat jalan ni.kalau xsayang kete boleh je redah guna kereta anda sendiri.di alu-alukan....

ini bukan ladang teh ye kawan-kawan.rumah atas bukit tu rumah burung walet.dah maju dah kawasan ni sekarang.

mula-mula kita tayang kaki dulu.alamakssss kaki sape yang pendek dan gemok ni....yelah yelah ai tau kaki ai secantik kaki uolllsss....pasrah...

last-last singgah kat kolam air sejuk sudah.nampak ramai je org mandi kat sini.ni kawasan pasir mas jugak.kawasan perkampungan orang asli.memang sejuk giler air sungai ni menusuk sampai ke tulang hitam.memang besttttt.


kerana kesejukan melampau aku hanya mampu bergambar di gigi sungai.sila abaikan keluasan dahi aku yang lapang bak padang golf.




tempat jatuh lagikan di kenang



tempat jatuh lagikan di kenang inikan pula tempat bermain.....(betul ke peribahasa aku ni).kalau salah tolong betulkan ek...

aku mmg xpernah lupakan asal usul aku.aku memang lahir kat kuantan.pastu dalam umur aku 11 tahun mcmtu abah aku beli rumah kat kawasan pedalam sikit biasalah dah ke arah keveterenan.kira dr sana nak ke kuantan dalam 45minit perjalanan.aku 1 family ddklah kat sana.kira membesar kat sana lah....sampailah SPM.skrg dah xddk sana dah.ddk kuantan balik.balik semula ke rumah asal yg sebelum ddk sana.

sepanjang xde sape ddk kat sana rasa2 akulah hanya aku dan adik laki aku je yg sll balik ke rumah tu.aku mmg sebak kalau aku balik rumah tu.terlalu banyak kenangan bersama ma dan abah aku ketika mereka masih bersama.oklah sambung ke nawaitu sebenarl.

xtvt hari ahad.aku di offer oleh en teman g jalan2 ke sungai lembing tempat aku sekolah. dulu.rase seronok sangat2 bila dapat menghirup udara kat situ...mmg fresh giler walaupun dah petang ....so apa lagi seme tempat aku ajak round....tgk gambar jelah ek...

pegi dengan lori so wajib possing dgn lori...nnt lori tu kecik hati sapa mau jawab...kalau tuan lori tu kecik hati gua tarak kisah gua boleh naik bas....aiiiii lamenya xrasa naik bas sungai lembing.....rinduuuuuuu

oloh jambatan pun mau ambik ka...apa korg kesah...inilah jambatan nostalgia time aku sekolah dulu.ramai kawan2 aku yang rumah dorg kena lalu jambatan ni.tgk rupa jambatan ni sekarang.sedih je aku nengok...nak tolong repair aku ni tangan bangku eh ade ke bahasa mcmtu....aku igt lagi time sorg kwn cina meninggal...kami 1 sekolah g rumah dia sebelum dia di sembahyangkan...tapi pegi ikut tingkatan dan kelas...cikgu yg bawak....ikut jambatan nilah...memang sedih sangat time tu...sbb dia baik dgn semua org walaupun org yg xsama kelas dan tingkatan dgn dia....

singgah kat sungai ni kejap...sambil makan grg pisang dalam lori...haaaaa ko penah...pengalaman best ni...sll makan kat meja je....so hari itu aku menjadi minah lori.

ni menunjukkan aku dah nak balik...dah petang sangat dah...laparrr.....yang aku confuse sekarang gambar aku dalam pic ni nampak mcm anak apeklah....

sayang i nak mcmni jugak boleh...gedikssss



lepas aku g kenduri kawin anak jiran kat rumah lama aku dulu rasa terujala jugak.sbb dia ada benda ni....kira mmg dah trend skrgkan....


aku kalau ada jodoh time aku kawin nak wat mcmni jugak boleh x????nak bgtau kat seme org yang lalu lalang, aku yg kawin pd hari tersebut.....(mengada-ngada je lebih).


pastu kalau nak jimat boleh recycle banner ni...letak kat rumah pulak....kat pagar rumah...nnt senang org nak cari rumah aku kalau org xtau rumah aku yang mana satu....over gitu....

klasik je nampak kan....mcm best je...kalau wat mcmni mesti gempaklah org2 kat area umah ma aku tu....sbb aku sengaja nak tayang muka aku dan laki aku....ala-ala untuk tontonan umum gitu......



sempena persiapan pernikahanku



hari ini memang dah plan berkumpul dengan kawan2 sekolah...best sesangat...selain family, aku just ada mereka yang masih menganggap aku ni kawan mereka.yelah dulu ada ex-tunang, terasa diri ini di sayangi.sekarang kena sedar diri sikit....dia dah xde....bukan dia meninggal dunia tau tapi meninggalkan aku dari hidup dia....(meratapi apa yg terjadi).

ok ok go go....pagi2 g rumah ma aku sj2 je buang masa dgn ma aku pulak sbb ma aku awal habis meniaga hari ini.ma aku ni meniaga nasi lemak je.bukan peniaga barang emas ok.pastu tengahari ma aku ajak g rumah lama aku sbb kat sane ada anak jiran kawin.so dengan excitednya aku follow.tapi aku dgn ma aku je yang pegi.yang lain2 xnak ikut.terpaksa bawak kete sendiri.

apa punya sengallah aku sbb gambar pengantin takde pulak aku ambik tapi aku just g ambik gambar banner dia.sedih jugak time ni jiran-jiran lama yang aku jumpa seme bertanyakan khabar adik aku si aleen & si ainey tu...perihal aku xde pulak nak tya...tsk tsk tsk tsk....

dah makan, jumpa pengantin, jumpa mak pengantin, jumpa jiran tetangga, gosip sikit pastu aku g pulak melawat kawan-kawan persekolahan yg baru bersalin.pas 1 rumah ke 1 rumah.comel baby-baby dorg.tapi tu baby dorang bukan baby aku.

balik rumah terus.sampai rumah schoolmate pulak call tya pukul berapa nak sampai rumah dia.dalam hati dari semalam lagi aku mengharapkan daging korban dari bakal mak mertua mak dia.tapi ilekkk xdop pung daging maging korban ni...dah terlewat.yang ado just mee sup....best tapi xpedas...affan aku bukan budak kecik yang xleh makan pedas ok....lain kali sila buat sambal kicap campur cili dan bawang putih....wah terbaik arahan aku untuk ko (jgn bgtau mak ko ek).kalau ko bgtau cancel jd menantu....mampussss..

aku bawa ma aku g sekali...lantaklah korg nak cakap pe...ma aku boring so aku bawak jelah termasuk affar sekali.sampai sana ma aku jadi geng pulak dgn mak affan...hah molek...siap request nak berbesan lagi....aku terus dalam di lema...bak kata ukay's 'DI SANA MENANTI DI SINI MENUNGGU' hah so mcmne aku nak buat tu...

jadi utk xmemeningkan kepala maka perbincangan di buat...hah inilah di sekitar perbincangan itu.

sebelum berbincang kes aku dan affan makan mesti di dahulukan.


mak affan gigih promote affan kat ma aku

masih belum dapat kata putus.tengok maduku dalam skandal suka je tgk muka aku.

mak affan merajuk selepas pinangannya di tolak oleh ma aku

skandalku melepaskan aku setelah dia berbini.bini dia seronok sgt sbb dia yg menjadi pilihan

dia melepaskan aku kepada affan

aku terpaksa pasrah.wan cuba menenangkan aku dgn mimik muka mkanan penuh di mulut

untuk menenangkan perasaan aku yg dalam di lema aku bergedik dulu dgn che wan kita ni

lepas segalanya terjawab iaitu kami berdua memang tiada jodoh kerana kami adalah kawan sekolah sahaja tiada lebih dari itu.aku tidak cukup sempurna untuk manusia bernama affan walaupun dia tidak sehensem seperti yang aku idamkan.lepas segalanya selesai dan yang pasti selepas perutku kenyang aku terus balik bersama ma dan affar.seronok dapat mengenali hati budi kawan2 dan yang paling utama keikhlasan bakal mak mertua yang xjadi itu hanya dalam drama ini.

pengumpulan kawan-kawan beragama islam ini di rumah affan sempena open house raya haji beliau.semua raya pun ada open house bg beliau.yelah daging korban haram dimakan oleh yg bukan beragama islam


p/s: inilah serba sedikit persiapan pernikahan aku dalam drama ini.tapi pinangan pihak lelaki dah pun mak aku tolak.semua ini hanya dalam drama ini dan bukan realiti.




cinta & kawan

suatu hari CINTA & KAWAN
berjalan dalam kampung
tiba-tiba CINTA terjatuh
dalam telaga......kenapa??

kerana CINTA itu buta
lalu KAWAN pun ikut terjun
dalam telaga....kenapa??

kerana...KAWAN akan buat apa
saja demi CINTA....
di dalam telaga CINTA itu
hilang.....kenapa??

kerana CINTA itu halus....
mudah hilang kalau tak dijaga
sukar dicari apatah lagi
dalam telaga yang gelap...
sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari
CINTA dan terus menunggu.....
kenapa??

kerana KAWAN itu sejati &
akan kekal sebagai KAWAN
yang setia...
jadi hargailah KAWAN kita selagi
kita terasa dia bererti....


walau kita punya couple yang sangat sangat kita sayang,
teman adalah yang paling setia.
walau kita banyak harta,
teman still paling berharga.


godek-godek email jumpa email ni....aku share dgn korang.....sbb aku tau ramai yang lebihkan couple dari kawan sendiri....sanggup berhabis untuk couple....ini pun peringatan utk aku jugak....


sape punya????

aku antara yang terawal masuk ofis utk department aku lah.....g.floor mmg ramai yang dah masuk pagi tadi.....hari nie pun xramai yang bekerja...ramai lagi yang cuti....

macam biasa masuk2 ofis bukak FB, email dan sgala benda aku nak bukak kecuali buka baju.... yg ni je aku xbuat begitulah keje aku pepagi....aku rasa orang lain pun macamtu jugak. xpayah nak kelentonglah.


-ambik pic pun dr jauh-

xsampai 15 minit ofismate aku masuk dengan bawak beg-beg plastik 2 3 beg mcmtu...macam orang nak menjual barang....aku tengok sipi2 je. sbb aku kan tengah sengkek sbnrnya mmg sll pun sengkek.pastu dia letakkan 1 bekas makanan atas meja....aku tengok sipi2 lagi ...dalam beberapa minit kitaorang nak breakfast kat meja yg dia letak bekas tu...owhhhhhh baru nampak apa isinya...dia pun bgtau eh makanlah...xpayah segan2.....(mcmlah aku ni seorg yg penyegan).


-ok zoom dekat sikit-

aku pun apa lagi bukak dan belek-belek dulu dengan penuh kasih sayang....sayang nak makan sebab cantik....


-ok buka bekas senyap-senyap-

-ni rupa dr dekat-

comel x????patutlah ade orang tempah rupanya...jadi dia wat lebih utk bg ktorg makan....time kasih kak nor....lain kali sudi sudikan lagi bawak yang lain pulak ek....

kalau sape2 nak tempah boleh rojer aku xpun korang tgk kat website dia lagi bagus....tapi tawaran ini utk yang berada di sekitar Kuantan sahaja....

www.zucupcakes.blogspot.com

ok korang boleh jenguk2 website ni ek....

saja promote tolong kawan2....tolong menolongkan keje yang mulia....



chomel apa kalau sepet

kisah raya Qurban lagi....

time petang husband Cik Dah aku datang.husband dan anak2 dia datang pagi tu tapi cik dah aku xikut....aku tanyalah senyap2 kat anak pompuan dia yang sorang ni knp ibu dia xdatang sekali....pastu dia jawab ibu dia merajuk sbb abah dia xbawak ibu dia ni g shopping raya....oloh oloh oloh chumeelll nya mak saudaraku ini....dalam pantang pun nak kuar jalan2....

petang husband cik dah aku ni datang semula bwklah sekali cik dah aku dgn baby chooomelllll ni....anak2 dia yg dtg pg tadi mmg stay kat rumah opah aku ni.....sbb apa dorg tetiba boleh stay kat umah opah aku ni lelama kalau bukan nak tenet......kalau aku kira mcm kat cc confirm aku dah dapat RM30 petang tu...pastu boleh pulak anak dia yg sulung bwk kekawan dia dtg mengonline ramai2 secara berjemaah bak solat raya pg tadi.....


yg tu lantaklah aku mls nak ambik pot.....kata aku ni kakak sepupu yg baik,penyayang, penyabar, periang dan segala-galanyalah perasan.kalau bukan perasan bukan namanya cik fifie kan....betul dak....sementara nak tunggu ke malam sebelum makan malam aku ddk melayan budak kecik cenonet ni....geram je aku nengok....



nama saya Muhammad Nasuha bin Mohd Zali.saya pun xtau kenapa nama saya macam nama pompuan dan mcm nama gf abang saya si Naufal yang ddk sebelah rumah tu.maybe sbb abang saya yang suka sangat kat nama Nasuha....xpe janji membawa maksud yg elok-elok....kan kan kan...time ni umur saya baru je dalam 16 jam.saya penat ni sbb mak sy push suruh sy kuar tadi jadi saya tido jap....

-umur 40 hari-

janganlah ambik gambar saya...saya malu lah....ishhhhh....

kuatnya ciuman rakus kakakku ini....sakit tau...


xpe Muhammad tau kakak sayang kat Muhammad.sbb tu kakak sll je dukung Muhammad.


mengantuk lah....


tido jap eh....jap lagi kita sambung balik....


ok dah bangun balik....sbb kamu semua bising tau...ganggu je saya nak tido


tapi xpe saya suke sbb tadi saya dengar ada org cakap saya chomellll....saya tau tu....


puas aku tunggu dia ni bangun untuk snap pic dia nih...bapok kuat tido....tapi bila aku tengok2 keturunan aku nikan rase2nya semuanya mata sepet.tapi bila dah besar yang pompuan confem cantik dan lawa dan yang lelaki pulak hensem dan kacak semestinya ....kalau mcmtu aku buat kesimpulan sape kata sepet tu xchomellll.........buktinya korg tengok jelah keturunan aku ni hah (muntahhhh) sape lagi nak memuji keturunan aku kalau bukan aku sendiri....ahaks ahaks ahaks....



kids & baby photo contest

contest....contest....contest......sebut sebanyak empat ratus empat puloh empat kali baru dapat join contest ni....baru jumpa gambar yang nak di pertaruhkan dalam contest nie....

firstly thanks to safiyyah sbb rajin menganjurkan kids & baby photo contest.ini adalah 1st contest aku pada tahun ni rasanya.

ok xpayah nak celoteh panjang-panjang meh kita straight to the point cite pasal contest ni.

organizer contest nie adalah cik safiyyah osman masih cik ok dan bakal bergelar puan tidak lama lagi.mungkin sbb aura untuk menjadi ibu dah semakin kuat dalam jiwa beliau maka contest ini di adakan ....

syarat-syarat untuk join this contest adalah anda MESTI:

1. menjadi follower blog http://sweetlikekisses.blogspot.com

2.tag kepada 8 orang.tak boleh kurang dan xboleh lebih.dan mesti inform pada orang yag anda tag.

3.letakkan banner contest ini di sidebar blog anda.

-banner contest-

4.sertakan 1 gambar baby xkiralah gambar itu adalah anda zaman kecil ke, anak anda ke, adik ke janji itu adalah baby.

5.hantar link entry anda dalam kotak komen entry contest nie.

6.mulakan title entry dengan nama contest.

7.diberitahu dalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada juara.....

tarikh tutup:
30 november 2010
tapi terpulang pada penganjur sekiranya ingin menamatkan contest ini lebih awal

hadiah yang akan di berikan pada pemenang adalah ini:


earing lazo diomand jewellery .
white gold.


ini gambar yang aku pertaruhkan....


ini adalah AIDIL EMRAN BIN KAMARUDDIN.dia ni dari lahir sampai sekarang mmg tembam macamni.comel je bila tengok.geram je macam nak cubit-cubit bila dah ada depan mata.dia ni saya panggil baby je.hah ni sape???baby ni adik bongsu bakal ehem ehem aku.....xpelah xlama lagi jadi adik iparlah kan....insyaAllah

tengoklah aksi dia bila orang nak ambik gambar dia.pandai je dia senyum.siap merelakan lagi apa aje orang buat kat dia.dia ni jugak memang pantang nampak camera.mesti ingat orang nak take picture dia.


sekarang tugas mengtag pulak....aku tag kepada


aleen

nur hawa

aien

nurQaseh

lyanahashim

ira

wani

anyss

mohon di ampun hamba kepada tuan hamba
hamba harap menang contest tuan hamba
di harap earing tuan hamba menjadi milik hamba
kalau jadi milik hamba berbunga-bungalah hati hamba


hahaha pantun yang ntahapaapa.....

ok cik safiyyah selesai sudah tugas hamba untuk mengjoinkan diri dalam contest tuan hamba....


boleh jadi gemuk ke macamni

aidiladha kali ni xmacam yang lepas2.adik beradik aku semua xbalik....sbb cuti pun sehari je.nak je aku g rumah dorg hantar rendang dan ketupat tapi berat pulak nak kaki nak melangkah ke sana sbb jauh sangat.rasa kesian plak dorg beraya tanpa aku...hehehe mesti dorg sedih sesangat walaupun hakikatnya memang mustahil sesangat dorg akan rase mcmtu.



pagi raya macam biasa mandi sunat segala.pastu aku dgn opah aku je g solat raya.yang lain2 g sendiri2 surau dan masjid yang dekat dgn rumah dorg.lagipun isteri dorg dalam pantang tu yang xberapa meriah dalam bab makan2.ramai yang xleh masuk dapur utk masak2 dan xleh makan yang bukan2.

kat surau kat rumah aku ada korban 7 ekor lembu.....wooooo banyak pastu dorg masak terus kat surau tu....ada jugak yang agih2 daging mentah.....kira 2 2 ada mentah dan yg masak.....



lepas pegi solat sunat hari raya terus g rumah ma aku...dengar2 ma aku buat nasi tomato.sampai2 pekena nasi tomato pulak.ooooo lapar nasi betul aku.pastu terus zat dan vitamin dari makanan tadi naik ke mata.rasa mengantuk tetiba.apalagi aku ajak opah balik.niat di hati nak tido.


xsampai 20minit makcik2 aku datang pulak.terhapuslah niat yang berkobar-kobar untuk memejamkan mata seketika.kenduri makan diadakan lagi.makan laksa pulak.ini opah aku yang buat.ada satay lagi yang di import jauh dari bukit pelindung.sesi petang pulak makan ketupat dan rendang den den.malam buat sup tulang beramai2 dan masak beberapa lauk lain.pastu makan lagi beramai-ramai.kali ni makan nasi putih pulak sbb family aku ni mmg kalah kalau xjumpa nasi putih dalam sehari.memang makan je keje kami satu family hari ni.daging korban banyak sampai xtau nak masak apa.tapi sup opah aku memang terbaekkkkkk wa cakap sama lu.

kami semua xpegi beraya kat mana2 pun....bukan malas tapi ramai pulak sedara mara yang datang....jadi keje aku jadi org gaji ddk dapur basuh pinggan sorang2.


p/s: diharapkan aku xkan gemuk dengan xtvt makan je raya kali ni.....